KMK GEMILANG DI PERTANDINGAN INOVASI KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA


Kolej Matrikulasi Kedah memulakan penyertaan di dalam pertandingan inovasi 2019 dengan bergaya. Pasukan KMK yang diwakili oleh pelajar dan pensyarah telah berjaya menggondol 8 pingat Emas dan 2 Perak dalam Pertandingan Inovasi Icompex Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh Politeknik Sultan Abdul Halim. Manakala di International Student Affairs Invention, Innovation and Design Competition anjuran Uitm Merbok, KMK telah berjaya membawa pulang 4 pingat Emas, 1 Perak dan 2 Gangsa. Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah mengharumkan nama KMK.