Unit Peperiksaan

Muet

Infomasi Muet

Penilaian Peperiksaan

Sistem Penilaian

Pencapaian  akademik pelajar  dinilai berdasarkan :

a)       Penilaian Berterusan (PB)
b)      Ujian Pertengahan  Semester (UPS)
c)       Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM)

Sistem Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Sistem Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) digunakan bagi menentukan pencapaian akademik pelajar.

 

Penilaian Berterusan (PB)

Program Matrikulasi KPM melaksanakan sistem PB yang dikendalikan sepenuhnya oleh pihak kolej. Objektif PB adalah untuk membolehkan pensyarah menilai pencapaian pelajar dari semasa ke semasa supaya pelajar dapat memperbaiki kelemahan yang ada.

PB merangkumi tugasan, amali, kuiz, ujian, kerja kursus dan aktiviti lain yang dinilai secara berterusan sepanjang semester.

Markah PB dilaporkan pada penghujung setiap semester. Peratus wajaran PB yang diambil kira bagi menentukan gred setiap mata pelajaran adalah seperti yang dinyatakan di Lampiran D.

 

Ujian Pertengahan Semester (UPS)

UPS diadakan pada pertengahan setiap semester dan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak kolej. Bahagian Matrikulasi KPM menyelaraskan tarikh dan penyediaan kertas soalan bagi ujian berkenaan.

Wajaran bagi UPS adalah 10% bagi setiap mata pelajaran yang dinilai.

Peratus wajaran setiap mata pelajaran bagi UPS, PB dan PSPM adalah seperti yang dinyatakan di Lampiran D.

Masa ujian adalah 1 jam bagi setiap subjek.

 

Peperiksaan  Semester Program  Matrikulasi (PSPM)

PSPM melibatkan semua mata pelajaran teras dan English yang diadakan pada penghujung setiap semester.

Penyediaan kertas soalan, pemeriksaan dan pemarkahan kertas jawapan dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi KPM .

Peratus  wajaran  PSPM yang diambil  kira bagi  menentukan gred setiap mata pelajaran adalah seperti yang dinyatakan di Lampiran D.

Pada akhir setiap semester PNGS dan PNGK pelajar dikira berasaskan gred yang diperoleh dan jam kredit yang diperuntukkan bagi semua mata pelajaran yang diambil.

 

Sistem Gred, Mata Nilaian Dan Purata Nilai Gred (PNG)

Keputusan akhir semua mata pelajaran  pengkhususan  dinyatakan dalam bentuk gred seperti  yang dinyatakan  dalam Jadual 1. Gred C merupakan gred lulus minimum manakala gred D+ sehingga F adalah gagal.

Gred keputusan  mata pelajaran wajib (Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/Moral, Kemahiran Dinamika dan Kokurikulum) dinyatakan seperti berikut dalam Jadual 2.

PNGS dan PNGK dibira berdasarkan gred yang diperoleh daripada semua mata pelajaran pengkhususan. Gred yang diperoleh diberikan mata nilaian seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1 dan PNGS dan PNGK dikira mengikut kaedah berikut:

Mata    =   Unit kredit mata pelajaran x mata nilaian

PNGS    =  

PNGK    =  

 

  • Kuala Sepetang Bio-Eco Programme Anjuran Unit Biologi

  • Kuala Sepetang Bio-Eco Programme Anjuran Unit Biologi

  • Kuala Sepetang Bio-Eco Programme Anjuran Unit Biologi

  • Kuala Sepetang Bio-Eco Programme Anjuran Unit Biologi

  • Malam High-Q Bersama The Helmis Anjuran Unit Biologi

Unit Peperiksaan

Pengumuman

Semasa

Makluman terbaru Transkrip PSPM Sesi 2017/2018 (8/4/2018; 11:37)

Muatturun disini.........>Pilih "Aplikasi Transkrip Digital Sesi 2017/2018"

 

Akan Datang