Pautan Kolej Matrikulasi

Info Unit Kaunseling

PENGENALAN

Unit Kaunseling dan Kerjaya(UKK) merupakan antara tunggak terpenting dalam pengurusan pelajar Kolej Matrikulasi Kedah. Ia menawarkan khidmat mesra dan profesional di dalam membantu para pelajar meningkatkan kecemerlangan diri,sahsiah dan kerjaya masa hadapan. Selain itu, ia juga berperanan membantu pelajar di dalam pelbagai aspek merangkumi penyesuaian diri di kampus, pengurusan akademik dan pembelajaran hinggalah kepada pemasalahan psikologi yang lebih kompleks.

FALSAFAH

Setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digemblengkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang cekap, berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh. 

MISI

“ Insan Sejahtera Warga Harmoni Emosi Seimbang”

VISI

 “Pembestarian Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Untuk Memperkembangkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”

 

PIAGAM PELANGGAN

  1. Memastikan perkhidmatan kaunseling dilaksanakan oleh kaunselor yang berdaftar dan mempunyai Perakuan Amalan selaras dengan Akta Kaunselor 1998 (Akta 580)
  2. Memastikan pelanggan di kaunter akan dilayan dalam tempoh SEPULUH (10) minit.
  3. Memberi Perkhidmatan kaunseling kepada warga kerja Kementerian Pendidikan Malaysia dalam tempoh SATU (1) hari bekerja bagi kes baharu selepas penerimaan permohonan tertakluk kepada persetujuan klien.
  4. Memastikan laporan Sesi Kaunseling disediakan dalam tempoh TIGA (3) hari bekerja atas permintaan klien.
  5. Memastikan Laporan Ujian Psikometrik disediakan dalam tempoh TIGA (3) hari selepas diambil atas permintaan klien.

 

NILAI KAUNSELOR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

  1. Menghormati dan menerima klien tanpa syarat
  2. Menjaga kerahsiaan klien pada tahap optimum
  3. Tidak menghukum dan melabel klien
  4. Menanam sifat ikhlas, jujur , amanah dan berintegriti dalam meaksanakan tanggungjawab
  5. Mematuhi Etika Kaunselor yang digariskan oleh Lembaga Kaunselor dan badan-badan professional kaunseling yang lainnya.
  • Kuala Sepetang Bio-Eco Programme Anjuran Unit Biologi

  • Kuala Sepetang Bio-Eco Programme Anjuran Unit Biologi

  • Kuala Sepetang Bio-Eco Programme Anjuran Unit Biologi

  • Kuala Sepetang Bio-Eco Programme Anjuran Unit Biologi

  • Hijaukan Bumi KMK

Pengumuman

Semasa

Makluman terbaru Transkrip PSPM Sesi 2017/2018 (8/4/2018; 11:37)

Muatturun disini.........>Pilih "Aplikasi Transkrip Digital Sesi 2017/2018"

 

Akan Datang