Aktiviti

BENGKEL DAN PERTANDINGAN ROKET AIR

Sempena Karnival Akademik yang berlangsung pada 3 hingga 5 Disember 2015, Unit Fizik Kolej Matrikulasi Kedah telah menjalankan Bengkel Penyediaan Roket Air pada 28 November 2015 bertempat di Astaka Kolej Matrikulasi Kedah. Bengkel ini dihadiri oleh peserta-peserta yang terdiri daripada pelajar PST dan PDT yang mengambil bahagian dalam pertandingan roket air kategori ‘Parachute’. Peserta didedahkan dengan cara-cara dan tips yang betul dalam penyediaan roket air tersebut. Bengkel ini dikendalikan oleh En. Abu Hassan dan dibantu oleh pensyarah-pensyarah fizik yang lain. Seramai 20 kumpulan yang terdiri daripada 2 orang pelajar mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Pelancaran roket bagi pertandingan pula diadakan pada 3 Disember 2015 bertempat di Padang Bola KMK pada jam 10.00 am. Pemenang dipilih berdasarkan tempoh masa paling lama roket berada diudara sehingga menyentuh tanah atau menyentuh sebarang objek atau hilang dari pandangan juri yang dilantik.

 Peserta dari setiap kumpulan mendengar taklimat tentang syarat-syarat pertandingan

 Peserta memasukkan air untuk daya tujahan roket ke udara

 Peserta ke tempat pelancaran yang disediakan sebelum dilancarkan ke udara

 Peserta memasukkan roket air ke dalam launcher yang telah disediakan

 Posing sebelum melancarkan roket air

 Kumpulan yang bersedia untuk pelancaran

 

PERTANDINGAN KAPALTERBANG KERTAS

Pertandingan ‘Paper Plane’ juga turut berlangsung pada 3 Disember 2015 sempena Karnival Akademik KMK. Pertandingan ini dikendalikan oleh En. Hussaini serta dibantu oleh pensyarah fizik dan disertai oleh pelajar-pelajar kolej matrikulasi. Bentuk kapalterbang yang dibina dengan menggunakan kertas A4 pula mengikut kreativiti peserta.

 

 Peserta ke tempat pelancaran untuk melancarkan kapal terbang kertas yang dibina

 Peserta melancarkan kapal terbang

 Antara kapal terbang yang terbang tinggi 

 

PROGRAM KECERMELANGAN PELAJAR

Unit Fizik Kolej Matrikulasi Kedah juga turut merancang seterusnya mengendalikan program kecemerlangan bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran pelajar khususnya dalam subjek Fizik. Antara program yang telah dijalankan ialah:

PHYSICS KABOOM

Unit Kecermelangan Fizik dengan bantuan pensyarah fizik yang lain telah menyediakan soalan-soalan tambahan bagi setiap topik yang dipelajari. Soalan yang mempunyai elemen HOTS turut dimuatkan dalam soalan tambahan tersebut. Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar terhadap soalan yang pelbagai bentuk dari aras rendah sehingga aras tinggi. Secara tidak langsung program ini menyediakan satu platform kepada pelajar untuk mempelajari topik yang kurang mahir dengan pensyarah secara personal di cubical pensyarah. Soalan tersebut diletakkan di dalam Pigeon Holes yang disediakan oleh Unit

 

INTELLECTUAL DISCUSSION (ID)

Intellectual Discussion (ID) merupakan satu platform untuk Pensyarah- pensyarah Fizik membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan subjek terutamanya tentang misconception di kalangan pelajar-pelajar.

  • Kuala Sepetang Bio-Eco Programme Anjuran Unit Biologi

  • Kuala Sepetang Bio-Eco Programme Anjuran Unit Biologi

  • Kuala Sepetang Bio-Eco Programme Anjuran Unit Biologi

  • Kuala Sepetang Bio-Eco Programme Anjuran Unit Biologi

  • Malam High-Q Bersama The Helmis Anjuran Unit Biologi

Jabatan Sains

Pengumuman

Semasa

Makluman terbaru Transkrip PSPM Sesi 2017/2018 (8/4/2018; 11:37)

Muatturun disini.........>Pilih "Aplikasi Transkrip Digital Sesi 2017/2018"

 

Akan Datang