Aktiviti

Program Eksplorasi Sains Dan Pameran Inovasi Dalam Pendidikan STEM

Kolej Matrikulasi Kedah dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Kayu Hitam (SKBBKH) telah menganjurkan   Program Eksplorasi Sains Dan Pameran Inovasi Dalam Pendidikan STEM pada 7 Julai 2019. Program yang berlangsung di peringkat daerah ini telah melibatkan Unit Fizik, Kimia, Biologi dan Kokurikulum KMK dan beberapa buah sekolah di sekitar Daerah Kubang Pasu. Program dimulakan dengan ceramah Seronoknya Pintar Bersama Sains oleh Encik Kherul Jefri dari Unit Kimia  dan Sains Fantastik oleh Puan Nadhirah dan Encik Azmizan daripada Unit Biologi. Pelbagai pameran dan permainan yang menarik dan dapat menarik minat pelajar sekolah rendah untuk meminati sains telah dipamerkan. Pensyarah-pensyarah daripada Unit Kimia telah menjalankan pelbagai eksperimen sains yang dapat dilakukan di rumah dan di luar makmal. Pelajar kelihatan teruja dan amat seronok  menjalankan aktiviti yang disediakan seperti bermain buih ais kering, menguji pH makanan menggunakan penunjuk semulajadi, membuat ais krim dan pelbagai aktiviti yang lain. Para pensyarah dari Unit Biologi  juga telah menjalankan pembedahan tikus secara siaran langsung agar pelajar dapat melihat sendiri proses pembedahan dan organ dalaman tikus.  Manakala, pensyarah-pensyarah daripada unit fizik telah mempamerkan mesin-mesin mereka yang canggih dan menarik. Pelajar juga dapat belajar menggunakan teleskop untuk mencerap objek jauh. Kemuncak acara adalah dengan acara menandatangani memorandum usahasama antara KMK dan SKBBKH. Diharap, banyak lagi usahasama seperti ini dapat dijalinkan agar dapat mendekatkan jurang diantara Kolej Matrikulasi dengan institusi lain dan lebih banyak lagi sumbangan kepakaran dapat diberikan kepada masyarakat luar.

Baca selanjutnya: Program Eksplorasi Sains Dan Pameran Inovasi Dalam Pendidikan STEM

EQMAZE UNIT KIMIA WAKILI KMK KE MASCAR 2019

Sebagai tanda menyokong pihak Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) sebagai pengajur  Matriculation Science Carnival (MASCAR 2019), pihak Kolej Matrikulasi Kedah telah menghantar 2 kumpulan inovasi sebagai wakil kepada salah satu slot pengisian Karnival iaitu pameran agensi dan inovasi KIK. Pemenang KIK KMK iaitu Kumpulan Genius Ignite dengan produk EQ-Maze dan pemenang inovasi KMK, Kumpulan Inspiring Catalyst dengan produk Trans-B Simulation Kit telah dipertanggungjawabkan untuk memperkenalkan bahan inovasi mereka kepada umum. Tahniah diucapkan kepada wira-wira KMK yang sanggup mengorbankan masa cuti bersama keluarga demi kolej tersayang. Diharap selepas ini, banyak lagi produk-produk inovasi dapat diperkenalkan dan diperluaskan kepada masyarakat luar.

Baca selanjutnya: EQMAZE UNIT KIMIA WAKILI KMK KE MASCAR 2019

Sambutan Hari Lahir dan Jamuan Unit Pensyarah Kimia

Mulai tahun 2017, AJK Kebajikan Unit Kimia merancang dan telah menjalankan majlis sambutan hari lahir untuk setiap pensyarah kimia. Majlis sambutan diadakan setiap dua bulan sekali dan disertakan dengan bacaan doa selamat.

Baca selanjutnya: Sambutan Hari Lahir dan Jamuan Unit Pensyarah Kimia

LAWATAN KE PUSAT PENGAJIAN FARMASI USM

LAWATAN ILMIAH KE PUSAT PENGAJIAN SAINS FARMASI DAN PUSAT RACUN NEGARA, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG.

Unit Kimia KMK telah menganjurkan lawatan kolaborasi ilmiah ke Pusat Pengajian Sains Farmasi dan Pusat Racun Negara pada 2 Ogos 2019. Lawatan yang disertai oleh 70 orang pelajar program aliran sains yang berpotensi serta berminat dalam pengajian sains farmasi  telah diketuai oleh Encik Nassry Asmady Bin Abu Bakar selaku penyelaras program bersama 6 pensyarah pengiring dari unit kimia KMK. Ketibaan rombongan dari KMK ini disambut penuh keceriaan oleh Prof. Dr. Habibah Binti A. Wahab, Dekan Pusat Pengajian Sais Farmasi, USM dan warga kerjanya. Taklimat berkaitan Pusat Pengajian dan kursus berkaitan telah disampaikan sendiri oleh  Dekan Pusat Pengajian dan Dr Salizawati Muhamad Salhimi yang merupakan Pengerusi Rancangan Disiplin Kimia Farmaseutik. Rombongan ini turut di bawa ke makmal-makmal klinikal bagi melihat sendiri aktiviti pembelajaran berkaitan bidang farmasi. Seterusnya, kami memanjangkan sesi lawatan ke Pusat Racun Negara dimana Cik Mahya selaku Pegawai Sains dan Encik Nazri Tahir telah menerima kunjungan kami serta berkongsi maklumat berkaitan Pusat Racun Negara, rombongan KMK ini juga turut dibawa melawat makmal-makmal yang terdapat di Pusat Racun Negara, USM.

Baca selanjutnya: LAWATAN KE PUSAT PENGAJIAN FARMASI USM

Pemurnian nota kuliah PST dan PDT sesi 2016/2017

Unit kimia KMK telah menjalankan satu kursus yang dinamakan Bengkel Pemurnian Nota Kuliah PST&PDT. Bengkel ini telah dijalankan sebanyak tiga sesi iaitu pada 3,10 & 17 April 2017. 

Baca selanjutnya: Pemurnian nota kuliah PST dan PDT sesi 2016/2017

STEM CHEMISTRY TEAM

Tahniah & Terima Kasih STEM-CHEMISTRY TEAM

Sekalung tahniah diucapkan kepada   STEM-Chemistry Team, Unit Kimia yang terdiri daripada Encik Kherul Jefri  sebagai Ketua kumpulan, Puan Zakiah , Puan Ilyana , Puan Sazilawati, Puan Harlina Shakila dan Puan Nor Syatilla Haerany  di atas usaha dan komitmen yang tinggi diberikan untuk menjayakan    Program Eksplorasi Sains Dan Pameran Inovasi Dalam Pendidikan STEM. 4 aktiviti utama telah dijalankan iaitu :

 

(i) Ceramah Seronoknya Pintar Bersama Sains

 

(ii) Stesen 1: Chemistry Magic show

(a) Taman Salji

(b) DIY pH Asid dan Alkali

(c) Gunung Berapi Buatan

(d) Warna Berjalan sendiri

(e) Warna Tersembunyi

(f) Pelangi Susu

(g) Air Yang Hilang 

 

(iii) Stesen 2: Awesome Dry Ice

(iv) Stesen 3: Oobleck

 

Unit Kimia berasa terharu dan bangga di atas usaha yang dijalankan tanpa mengira masa, tenaga dan wang ringgit.         

 

Baca selanjutnya: STEM CHEMISTRY TEAM

BIJAKIMIA SEMESTER 2 ( 2016/2017)

Program BIJAKIMIA telah dilaksanakan pada 1/4/2017, 15/4/201721/4/2017. Bengkel BIJAKIMIA bermatlamat teknik menjawab soalan PSPM 2 dengan konsep yang betul. Tujuan program BIJAKIMIA adalah untuk meningkatkan gred pelajar B+, B dan B- dalam PSPM 1 Kimia kepada A. Cara pelaksanaan  program ini adalah pelajar  menjawab soalan PSPM berdasarkan tajuk dalam silibus yang ditetapkan. Perbincangan soalan PSPM tahun-tahun lepas oleh para pensyarah. Bengkel ini adalah terbuka kepada semua pelajar yang berminat.

Baca selanjutnya: BIJAKIMIA SEMESTER 2 ( 2016/2017)

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018

Kami ahli unit kimia Kolej Matrikulasi Kedah ingin mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” kepada semua warga kolej. Semoga warga KMK menyambut lebaran dengan penuh kegembiraan bersama keluarga tersayang  dan sahabat handai…Berhati-hati di jalanraya semasa memandu pulang ke kampung. Semoga perjalanan anda selamat sampai ke destinasi yang dituju....Terimalah mutiara kata dari kami di unit kimia khas untuk anda semua..

yang jauh itu WAKTU,

yang dekat itu MATI,

yang besar itu NAFSU,

yang berat itu AMANAH,

yang mudah itu BERBUAT DOSA,

yang panjang itu AMAL SOLEH,

yang indah itu SALING MEMAAFKAN

"Salam aidilfitri maaf zahir dan batin".

  

Fotografi bersama Pengarah

Sesi fotografi bersama Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah

Tarikh : 12 April 2016

Tempat : Lobi Pentadbiran ( Seri Jerai)

Baca selanjutnya: Fotografi bersama Pengarah

`PROFESIONAL LEARNING COMMUNITIES` (PLC)

Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapaiprestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka.(Rosenholtz, 1989; Little & McLaughlin, 1993; DuFour, Eaker, & Many, 2006, )

Baca selanjutnya: `PROFESIONAL LEARNING COMMUNITIES` (PLC)

TARGET “A” CHEMISTRY (TAC)

Program TAC yang dijalankan sepanjang semester bertujuan untuk menggalakan interaksi antara pensyarah dengan pelajar cemerlang, meningkatkan kefahaman konsep Kimia di kalangan pelajar cemerlang,meningkatkan gred pelajar daripada A- kepada A dan mengekalkan gred A pelajar.

 

Baca selanjutnya: TARGET “A” CHEMISTRY (TAC)

  • Kuala Sepetang Bio-Eco Programme Anjuran Unit Biologi

  • Kuala Sepetang Bio-Eco Programme Anjuran Unit Biologi

  • Kuala Sepetang Bio-Eco Programme Anjuran Unit Biologi

  • Kuala Sepetang Bio-Eco Programme Anjuran Unit Biologi

  • Malam High-Q Bersama The Helmis Anjuran Unit Biologi

Jabatan Sains

Pengumuman

Semasa

Makluman terbaru Transkrip PSPM Sesi 2017/2018 (8/4/2018; 11:37)

Muatturun disini.........>Pilih "Aplikasi Transkrip Digital Sesi 2017/2018"

 

Akan Datang