Untuk makluman, sekiranya tuan/puan merupakan bekas pelajar Program Matrikulasi KPM yang telah meninggalkan kursusnya dengan kebenaran Pengarah Kolej, dan telah membayar ganti rugi yang dituntut secara penuh atau sebahagiannya, tuan/puan boleh mengemukakan permohonan lengkap bagi membuat tuntutan bayaran balik ganti rugi kepada pihak Kolej Matrikulasi. Setiap permohonan yang dikemukakan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:
A. Kelayakan Pemohon:
i. Pelajar yang meninggalkan kursusnya sebelum sempurnanya kursus dengan persetujuan pihak KERAJAAN secara bertulis; dan
ii. Telah membuat bayaran ganti rugi (sebahagian/penuh)
B. Dokumen Permohonan:
i. Surat Permohonan
ii. Salinan Surat Kelulusan Permohonan Meninggalkan Kursus
iii. Resit Rasmi (salinan asal)
iv. Salinan Kad Pengenalan
v. Salinan Penyata Bank / Buku Bank
C. Alamat Surat Menyurat:
Semua permohonan lengkap boleh dikemukakan ke alamat seperti berikut:
Pengarah
Kolej Matrikulasi Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia
06010 Changloon
Kedah Darulaman.
*Nota: Permohonan dikemukakan kepada Kolej Matrikulasi yang berkenaan.
D. Tarikh Tutup Permohonan:
Permohonan boleh dibuat selewat-lewatnya pada 31 JULAI 2022.