PENGUCAPAN AWAM

Pengucapan Awam ialah satu bidang yang perlu dikuasai bukan sahaja oleh pimpinan masyarakat, organisasi, agensi-agensi kerajaan dan swasta tetapi juga individu yang sentiasa  berhadapan dengan orang ramai yang memerlukan ia berkomunikasi dengan lebih dari seorang. Seseorang itu perlu mempersiapkan diri bagi menghadapi sesuatu keadaan dan sentiasa bersikap optimis kerana sikap yang gemuruh boleh memberi kesan yang tidak baik kepada perucap (speaker). Pengucapan awam terdiri daripada empat jenis ucapan iaitu ucapan spontan, ucapan ekstemporanas, ucapan manuskrip dan ucapan

Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain". Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi maksud perbuatan menghantar matklumat; dan proses untuk bertukar-tukar maksud supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi terbahagi kepada dua bahagian iaitu secara lisan dan bukan lisan. Komunikasi bukan lisan terdiri daripada bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata, dan

Pengucapan awam pula boleh didefinisikan sebagai pelahiran bahasa dengan penuh makna melalui komunikasi lisan (suara dan perkataan) dan bukan lisan (anggota tubuh perucap). Pengucapan umum menggunakan komunikasi vebal dan bukan verbal (Abdul Mua’ti Ahmad, 2000). Kemahiran berkomunikasi bukanlah suatu yang diperolehi secara semulajadi tetapi setiap orang perlu berusaha untuk memajukan diri dalam bidang pengucapan awam. Semua orang boleh menjadi perucap yang baik seandainya dia sentiasa bersedia setiap kali perlu berhadapan dengan individu yang lain samada semasa sesi temuduga, memberi ceramah, membuat pembentangan dan

Bagi pelajar/mahasiswa Melayu, terdapat beberapa isu yang memberi gambaran bahawa mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik apabila berhadapan dengan individu yang lain. 8 / 10 Mahasiswa Melayu yang ditemuduga gagal berkomunikasi dengan baik (Berita Harian, Jumaat 13 Jun 2003). Kerana itu pelbagai usaha dilakukan sebagai contoh Resolusi  Utama Seminar Mahasiswa MPP IPTA Kebangsaan 2003 / 2004 yang berbunyi “ bersetuju memperlengkapkan diri dengan persaingan dalam pekerjaan terutama penguasaan B. Inggeris, berkomunikasi dan bersosial.” (Berita Harian, Jumaat, 13 Jun

Pengucapan awam juga merujuk kepada sikap dan personaliti seorang pemimpin dimana seorang pemimpin perlu sentiasa yakin dan percaya dengan diri sendiri. Seseorang yang mempunyai kepimpinan dalam diri perlu yakin dengan apa yang difikirkan, yakin dengan apa yang ingin diucapkan, dan yakin dengan apa yang akan dilakukan. Barulah apa yang dilahirkan dan dizahirkan itu diterima baik oleh

Tujuan ucapan adalah untuk memberi maklumat kepada pendengar mengenai sesuatu perkara dan isu serta juga boleh dilakukan secara syarahan umum. Selain itu, ia juga bertujuan memujuk dan mempengaruhi pendengar mengenai sesuatu isu atau untuk memastikan apa yang disampaikan diterima oleh pendengar. Selain itu, ucapan juga betujuan untuk menghiburkan pendengar ketika menyampaikan sesuatu maklumat dan informasi serta digunakan untuk bertukar-tukar pandangan. Ucapan tidak hanya merujuk kepada pemberian maklumat kepada satu pihak sahaja tetapi boleh juga terjadi dalam bentuk komunikasi dua hala dimana perucap dan pendengar saling bertukar.

Oleh itu, pelbagai cara dan tips yang perlu dilakukan bagi seorang perucap untuk memastikan individu itu dapat menghasilkan sebuah pengucapan awam yang berkesan. Pengucapan awam yang berkesan terjadi apabila pendengar menerima maklumat yang sama diberikan oleh perucap dan mengelakkan terjadinya salah faham dalam maklumat yang disampaikan dan semasa maklumat itu diterima oleh pendengar.