Ahad - Rabu : 8:00 pagi - 5:00 petang, Khamis : 8:00 pagi - 3:30 petang   Facebook

 

[powr-countdown-timer id="j9Yd30"]

Info Unit Asrama

seri temin asrama

 

INFO UNIT ASRAMA

Unit Asrama Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) bertanggungjawab membantu menguruskan tugas-tugas domestik, penginapan dan kelengkapan asrama serta pemantauan sajian makanan di kafetaria. Di KMK, terdapat 3 blok kolej kediaman yang dikawalselia oleh penyelia asrama iaitu Blok A: Kediaman Seri Palas, Blok B: Kediaman Seri Temin dan Blok C: Kediaman Seri Laka. Kesemua kolej kediaman ini dilengkapi dengan pelbagai prasarana bagi memberi keselesaan kepada penghuninya.

Kolej kediaman bukan sahaja dilihat sebagai tempat penginapan pelajar malah berfungsi sebagai tempat pembelajaran, perpaduan pelajar dan pembangunan sahsiah pelajar bagi mewujudkan lulusan yang bersifat holistik. Semua pihak sama ada pengurusan kolej dan juga penghuni harus menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing bagi memastikan keselesaan dan keharmonian kolej kediaman dapat dicapai.

Unit Asrama KMK dikendalikan oleh 4 orang Penyelia Asrama. Kaunter utama unit asrama terletak di Pejabat Asrama Blok B yang beroperasi mengikut waktu pejabat.

 

pejabat asrama b

WAKTU PERKHIDMATAN

Hari Masa
Ahad – Rabu 8.00 pagi – 1.00 petang  &  2.00 – 5.00 petang
Khamis 8.00 pagi – 1.00 petang  &  2.00 – 3.30 petang
Jumaat & Sabtu TUTUP

 

palas

WAKTU KE HOSPITAL/KLINIK DENGAN KENDERAAN KOLEJ

Hari Masa Tempat Permohonan Pegawai Bertanggungjawab
Ahad – Rabu 8.30 pagi  &  2.30 petang Pejabat Asrama Blok B
Penyelia Asrama
Khamis 8.00 pagi  &  2.00 petang
Jumaat & Sabtu 8.30 pagi sahaja Pejabat Felo Blok B Felo Bertugas

*Sila hadir 30 minit lebih awal sebelum kenderaan bergerak bagi urusan pendaftaran.

**Sila bawa dokumen berkaitan semasa berurusan iaitu kad pengenalan, surat temujanji doktor dan surat pengesahan pelajar (jika perlu)