Ahad - Rabu : 8:00 pagi - 5:00 petang, Khamis : 8:00 pagi - 3:30 petang   Facebook

 

[powr-countdown-timer id="j9Yd30"]

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua

Warga kerja Kolej Matrikulasi Kedah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Pengarah Kolej juga turut menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya.

"Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua warga Kolej Matikulasi Kedah. Kepada para pelajar selamat pulang ke kampung halaman berhari raya bersama keluarga tersayang.

Gunakan kesempatan bercuti selama seminggu ini untuk melepaskan rindu bersama keluarga masing-masing. 
Selepas ini tugas dan tanggungjawab para pelajar ialah memberi fokus peperiksaan Program Matrikulasi. Saya mendoakan para pelajar selamat kembali ke kolej apabila tamat tempoh bercuti dan sama-sama kita berusaha untuk merealisasikan hasrat menjadikan Kolej Matrikulasi Kedah sebagai salah sebuah kolej matrikulasi yang cemerlang.
Kepada kakitangan dan para pensyarah, maaf zahir dan batin dari saya, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sekian, terima kasih"