Unit Perakaunan merupakan salah satu unit di bawah Jabatan Sastera Ikhtisas. Unit Perakaunan diterajui oleh Pn Nurul Farida dan dibantu oleh enam orang pensyarah. Subjek Perakaunan ditawarkan khusus kepada pelajar jurusan Perakaunan pada semester I (AA015) dan semester II (AA025).

Unit Perakaunan berhasrat dapat melahirkan pelajar yang berkebolehan dalam bidang berkaitan Perakaunan seterusnya dapat menyambung pelajaran di IPTA.

 

Format Penilaian

Penilaian subjek Perakaunan adalah seperti berikut :

1. Ujian Pertengahan Semester - 10%

2. Pentaksiran Berterusan, melalui Kuiz dan Tugasan - 10%

3. Peperiksaan Semester (PSPM) - 80%