Ahad - Rabu : 8:00 pagi - 5:00 petang, Khamis : 8:00 pagi - 3:30 petang   Facebook

 

[powr-countdown-timer id="j9Yd30"]

Info Peperiksaan

langkasuka

Unit Peperiksaan bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan peperiksaan program Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia.

A. Pengurusan Peperiksaan dan Ujian Program Matrikulasi

  1. Mengurus pendaftaran mata pelajaran pelajar bagi Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM), Sistem Dua Semester (SDS) dan Sistem Empat Semester (SES).
  2. Merancang, mengurus dan menyelia penyediaan pusat peperiksaan PSPM SDS dan SES.
  3. Merancang, mengurus dan menyelia penyediaan dokumen dan bahan peperiksaan PSPM SDS dan SES.
  4. Merancang dan mengurus pelantikan petugas peperiksaan PSPM SDS dan SES.
  5. Menyelia pelaksanaan peperiksaan PSPM SDS dan SES.

 
B. Pengurusan Data Peperiksaan Program Matrikulasi

  1. Merancang, mengurus dan mengendalikan markah Penilaian Berterusan (PB).
  2. Mengurus pengumuman keputusan peperiksaan PSPM SDS dan SES.
  3. Menyediakan data analisis keputusan peperiksaan PSPM SDS dan SES.


C.  Pengurusan Bilik Kebal/Bilik Keselamatan dan Stor Peperiksaan

  1. Mengurus, menyelia dan memantau bilik kebal/bilik keselamatan.
  2. Mengurus, menyelia dan memantau stor peperiksaan.

 
D.  Pengurusan Peperiksaan/Ujian Luar

Merancang mengurus dan mengendalikan tugas berkaitan peperiksaan/ujian luar yang melibatkan pelajar Program Matrikulasi seperti Malaysian University English Test (MUET), Medsi dan Munsyl.
Bekerjasama dengan pihak penganjur peperiksaan/ujian luar yang berkaitan.

Pencapaian  akademik pelajar  dinilai berdasarkan :

a)      Penilaian Berterusan (PB)
b)      Ujian Pertengahan  Semester (UPS)
c)      Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM)

Sistem Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Sistem Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) digunakan bagi menentukan pencapaian akademik pelajar.

 

Penilaian Berterusan (PB)

Program Matrikulasi KPM melaksanakan sistem PB yang dikendalikan sepenuhnya oleh pihak kolej. Objektif PB adalah untuk membolehkan pensyarah menilai pencapaian pelajar dari semasa ke semasa supaya pelajar dapat memperbaiki kelemahan yang ada.

PB merangkumi tugasan, amali, kuiz, ujian, kerja kursus dan aktiviti lain yang dinilai secara berterusan sepanjang semester.

Markah PB dilaporkan pada penghujung setiap semester. Peratus wajaran PB yang diambil kira bagi menentukan gred setiap mata pelajaran adalah mengikut subjek masing-masing.

 

Ujian Pertengahan Semester (UPS)

UPS diadakan pada pertengahan setiap semester dan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak kolej. Bahagian Matrikulasi KPM menyelaraskan tarikh dan penyediaan kertas soalan bagi ujian berkenaan.

Wajaran bagi UPS adalah mengikut mata pelajaran yang dinilai.

Masa ujian adalah 30 minit - 1 jam bagi setiap subjek.

 

Peperiksaan  Semester Program  Matrikulasi (PSPM)

PSPM melibatkan semua mata pelajaran teras  yang diadakan pada penghujung setiap semester.

Penyediaan kertas soalan, pemeriksaan dan pemarkahan kertas jawapan dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi KPM .

Peratus  wajaran  PSPM yang diambil  kira bagi  menentukan gred setiap mata pelajaran.

Pada akhir setiap semester PNGS dan PNGK pelajar dikira berasaskan gred yang diperoleh dan jam kredit yang diperuntukkan bagi semua mata pelajaran yang diambil.

 

Sistem Gred, Mata Nilaian Dan Purata Nilai Gred (PNG)

Keputusan akhir semua mata pelajaran  pengkhususan  dinyatakan dalam bentuk gred seperti  yang dinyatakan  dalam Jadual 1. Gred C merupakan gred lulus minimum manakala gred D+ sehingga F adalah gagal.

Gred keputusan  mata pelajaran wajib (Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/Moral, Kemahiran Dinamika dan Kokurikulum) dinyatakan seperti berikut dalam Jadual 2.

PNGS dan PNGK dibira berdasarkan gred yang diperoleh daripada semua mata pelajaran pengkhususan. Gred yang diperoleh diberikan mata nilaian seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1 dan PNGS dan PNGK dikira mengikut kaedah berikut: