Ahad - Rabu : 8:00 pagi - 5:00 petang, Khamis : 8:00 pagi - 3:30 petang   Facebook

 

[powr-countdown-timer id="j9Yd30"]

Kolokium Praktis Amalan Terbaik Pendidikan STEM, Program Matrikulasi, KPM 2023

3 Julai 2023 - Satu program anjuran Bahagian Matrikulasi iaitu Kolokium Praktis Amalan Terbaik Pendidikan STEM, Program Matrikulasi, KPM 2023 telah membuka tirai Minggu Profesionalisme Pensyarah untuk sesi baharu 2023/2024. Kolokium ini bertemakan "Pendidikan STEM : Amalan Terbaik, Berimpak Tinggi". Seramai 30 pensyarah dari kolej ini telah terpilih untuk menjadi pembentang iaitu 6 pensyarah dari setiap unit bidang STEM yang terlibat iaitu Matematik, Sains Komputer, Fizik, Kimia dan Biologi.

Objektif kolokium ini ialah :

- Memantapkan pembangunan profesionalisme pensyarah kolej matrikulasi.

- Membudayakan kemahiran pedagogi berimpak tinggi.

- Meningkatkan kompetensi pensyarah melalui perkongsian amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran (PdP).

- Meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar program matrikulasi bagi sesi 2023/2024.

Pegawai dari Bahagian Matrikulasi sendiri iaitu Tuan Haji Mohd Yusof bin Samad, Timbalan Pengarah Sektor Akademik, Bahagian Matrikulasi, KPM turut meninjau sepanjang perjalanan program pada hari tersebut. 

Beliau turut berbesar hati menyampaikan amanat kepada kesemua pensyarah pada majlis penutup yang berlangsung di Dewan Mahawangsa, mengakhiri program yang amat bermanfaat bagi seluruh kolej matrikulasi.