Unit Fizik merupakan salah satu unit yang berada di bawah naungan Jabatan Sains Kolej Matrikulasi Kedah. Lokasi unit ini terletak di Aras 2 Blok Pentadbiran Seri Jerai. Diketuai oleh ketua unit, En. Asdy Hakim dan terdiri daripada 27 orang pensyarah yang masing-masing mempunyai kepakaran dan pengalaman tersendiri dalam bidang ini.
Mata pelajaran fizik merupakan subjek teras yang wajib diambil oleh pelajar Modul 1 dan Modul 2 untuk Program Satu Tahun dan Program Pra. Berikut merupakan komponen penilaian untuk subjek fizik yang digunakan oleh pensyarah bagi setiap semester di kolej ini.
Berikut merupakan kod kursus yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar :-
PROGRAM |
KOD KURSUS |
PST Semester 1 |
SP015 |
PST Semester 2 |
SP025 |
Program PRA Semester 1 |
DP014 |
Program PRA Semester 2 |
DP024 |
KOMPONEN PENILAIAN FIZIK (PST DAN PDT)
KOMPONEN PENILAIAN |
WAJARAN (%) |
PENILAIAN BERTERUSAN (PB) |
40 |
PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM) |
60 |
JUMLAH |
100 |
*40 % PENILAIAN BERTERUSAN (PB) bagi Program Satu Tahun ini merangkumi elemen berikut:-
- Tugasan (Tutoran)
- Laporan Amali (Praktikal)
- Ujian Amali (Praktikal)