Ahad - Rabu : 8:00 pagi - 5:00 petang, Khamis : 8:00 pagi - 3:30 petang   Facebook

 

[powr-countdown-timer id="j9Yd30"]

Majlis Pendaftaran Pelajar Baharu (MPPB) Sesi 2023/2024

9 Julai 2023 - Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 2023/2024 untuk hari pertama telah berjalan dengan lancar. Sehingga jam 4.30 petang semalam seramai 1025 pelajar telah berjaya melakukan pendaftaran secara fizikal di kolej ini.

Setelah para pelajar mendapat kunci bilik dan masuk ke asrama masing-masing ,  para ibu bapa mula berkumpul di Dewan Mahawangsa bagi sesi Taklimat Waris pada jam 10.00 pagi. Taklimat telah disampaikan oleh Tuan Pengarah, En. Mohamad Salleh bin Ahmad serta diikuti dengan sesi soal jawab di akhir perjumpaan tersebut. 

Pada sebelah petang pula para pelajar bergerak untuk mengambil gambar kad matrik dan cenderahati daripada ahli-ahli jawatankuasa dan pembantu fasilitator yang bertugas.

Sesi pendaftaran kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran banyak 'foodtruck' yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Selain itu, pelbagai gerai yang  menjual barang-barang keperluan pelajar turut disediakan oleh pihak kolej di sekitar kawasan masjid Khulafa Ar Rasyidin.