Ahad - Rabu : 8:00 pagi - 5:00 petang, Khamis : 8:00 pagi - 3:30 petang   Facebook

 

[powr-countdown-timer id="j9Yd30"]

Halatuju Kecemerlangan & Majlis Perasmian Penutupan Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) Sesi 2023/2024

Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) Sesi 2023/2024 berakhir dengan rasminya pada hari ini. Majlis bermula pada jam 2.30 petang bertempat di Dewan Mahawangsa serta dirasmikan oleh Tuan Pengarah, En. Mohamad Salleh bin Ahmad. Tuan Pengarah juga berbesar hati menyampaikan amanat kepada pelajar-pelajar baharu bagi menempuh sesi pembelajaran dan kehidupan baru di kolej ini. Beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak pelajar agar sentiasa fokus dalam pelajaran masing-masing serta berusaha mencapai sasaran yang ditetapkan.

Majlis penutupan berjalan dengan lancar dan meriah disamping diselitkan dengan elemen-elemen menyentuh hati melalui video montaj dan juga persembahan daripada pembantu-pembantu fasilitator yang bertugas, yang  pastinya akan amat merindui kehidupan di kolej ini. Sekalung penghargaan kepada bekas-bekas pelajar sesi lepas yang terlibat serta semua warga KMK, pensyarah, staf , pengawal-pengawal keselamatan serta kakitangan kebersihan yang bertugas untuk memastikan acara penting ini berjalan lancar.