Unit Biologi merupakan salah satu unit di bawah Jabatan Sains Kolej Matrikulasi Kedah. Unit Biologi terdiri daripada 30 orang pensyarah yang diterajui oleh Pn. Suria Bt. Ismail sebagai Ketua Unit Biologi. Unit Biologi terletak di aras 2 bangunan pentadbiran bersebelahan Unit Pendidikan Islam dan Moral.
Pensyarah Biologi pula terdiri daripada 5 orang pensyarah lelaki dan 25 orang pensyarah perempuan. Seramai 7 orang pensyarah ditugaskan untuk mengajar Progaram Dua Tahun (PDT) manakala 23 orang pensyarah mengajar Program Satu Tahun (PST).
Subjek Biologi ditawarkan kepada pelajar modul 1 dan modul 3 untuk PST dan PDT.
PROGRAM |
KOD KURSUS |
PST semester 1 |
SB015 |
PST semester 2 |
SB025 |
PDT semester 1 |
DB014 |
PDT semester 2 |
DB024 |
KOMPONEN PENILAIAN PST
KOMPONEN PENILAIAN |
% |
PENILAIAN BERTERUSAN (PB) |
40 % |
PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM) |
60 % |
* 40% PENILAIAN BERTERUSAN (PB) bagi PST merangkumi:
i. Tugasan (Tutoran) : 15 %
ii. Ujian amali (Amali) : 10 %
iii. Laporan amali (Amali) : 15 %
KOMPONEN PENILAIAN PDT
KOMPONEN PENILAIAN |
% |
PENILAIAN BERTERUSAN (PB) |
60 % |
PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM) |
40 % |
* 60% PENILAIAN BERTERUSAN (PB) bagi PDT merangkumi:
i. Tugasan 1 (Tutoran) : 10 %
ii. Tugasan 2 (Tutoran) : 10 %
iii. Tugasan 3 (Tutoran) : 10 %
iv. Tugasan 4 (Tutoran) : 10 %
v. Kerja berkumpulan / Pembentangan (Tutoran) : 5%
vi. Ujian amali (Amali) : 5 %
vii. Laporan amali (Amali) : 10 %