Ahad - Rabu : 8:00 pagi - 5:00 petang, Khamis : 8:00 pagi - 3:30 petang   Facebook

 

[powr-countdown-timer id="j9Yd30"]

Majlis Apresiasi Pensyarah PSPM II & IV SESI 2022/2023

27 Julai 2023 - Majlis Apresiasi Pensyarah PSPM II & IV SESI 2022/2023 telah berlangsung pada jam 2.30 petang bertempat di Dewan Kuliah 1.
Berikut adalah senarai anugerah yang diberikan kepada para pensyarah:

Anugerah Bitara - diberikan kepada 4 subjek wajib lulus yang mencapai kelulusan 100% untuk pentaksiran berterusan (PB).

Anugerah Amethyst - diberikan kepada 33 pensyarah yang mencapai min melebihi sasaran, xPRO bagi mana-mana program SDS Semester 2, SES Semester 4 dan SES Semester 2 Sesi 2022/2023.

Anugerah Emas - diberikan kepada 107 pensyarah yang mencapai min peribadi melebihi min BMKPM untuk mana-mana program SDS Semester 2, SES Semester 4 dan SES Semester 2 Sesi 2022/2023.

Anugerah Opal - diberikan kepada pensyarah akademik subjek teras yang berjaya mencapai Lonjakan Cemerlang Gred A bagi mana-mana program SDS Semester 2, SES Semester 4 dan SES Semester 2 Sesi 2022/2023. Anugerah ini menjadi milik pensyarah Biologi, Dr. Muhamad Shakir Saad (SES Sem IV) dan 4 pensyarah Sains Komputer iaitu Pn. Hasni Abdul Ghani , Pn. Shahrulaini Rahimin , En. Muhammad Azri Abdul Rashid dan En. Mohamad Nazri Mansor di mana kesemua mereka daripada program SES Semester II.

Anugerah Platinum - diberikan kepada subjek teras yang telah berjaya mencapai kejayaan menaiki podium 3 teratas peringkat BMKPM bagi program SDS Semester II dan SES Semester IV Sesi 2022/2023 dan ia menjadi milik subjek Matematik Akaun.

Tahniah kepada semua penerima anugerah serta jawatankuasa yang bertanggungjawab memastikan majlis berjalan lancar dari awal hingga akhir acara.