Unit ini diketuai oleh seorang Ketua Unit dan mempunyai seramai 42 orang pensyarah, pelbagai gred buat masa ini. Semua pensyarah ini sangat komited dan berdedikasi tinggi untuk melahirkan para pelajar yang bukan sekadar berpengetahuan tetapi juga berkemahiran bagi mendepani pelbagai situasi di masa depan mereka.
Pada semester pertama bagi semua pelajar Program Satu Tahun (Jurusan Sains), mereka yang mengambil Modul I, Modul II dan Modul III akan mempelajari subjek matematik SM015 dan pada semester kedua mereka akan mempelajari subjek matematik SM025. Bagi pelajar Program Satu Tahun (Jurusan Akaun), mereka akan mempelajari subjek matematik AM016 pada semester pertama dan pada semester kedua akan mempelajari subjek matematik QA026. Bagi pelajar Program Dua Tahun pula mereka akan mempelajari subjek matematik DM015 pada semester pertama, DM025 pada semester kedua, DM035 pada semester ketiga dan DM045 pada semester keempat.
Penilaian bagi subjek matematik SM015, SM025, AM015 dan AM025 adalah secara penilaian berterusan sepanjang semester, ujian pertengahan semester dan peperiksaan akhir semester. Penilaian bagi subjek DM015, DM025, DM035 dan DM045 adalah secara penilaian berterusan sepanjang semester, ujian pertengahan semester dan peperiksaan akhir.