PENDAHULUAN

Kursus Pengajian Am Matrikulasi (WP001) Kementerian Pendidikan Malaysia terdiri daripada dua komponen iaitu Kemahiran Komunikasi dan  Sistem Pemerintahan, Struktur Pentadbiran, Dasar-dasar Negara, Isu dan Cabaran Negara.

 
MATLAMAT

Kursus ini bertujuan untuk melahirkan pelajar mampu mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi dengan yakin dan berkesan secara berkumpulan mengenai isu-isu semasa dalam pembinaan negara bangsa.

 

OBJEKTIF

Objektif kursus ini adalah untuk membolehkan pelajar:

(a)   Mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi dengan yakin dan berkesan.
(b)   Membincangkan perkembangan isu-isu semasa melalui hasil projek secara kerja berkumpulan.
(c)   Berkongsi idea baharu tentang kepentingan semangat cinta akan negara dalam pembinaan negara bangsa.

 

PENILAIAN BERTERUSAN (PB)

Penilaian dijalankan secara berterusan meliputi semua aspek iaitu kognitif, kemahiran dan afektif melalui:

a)  Tugasan :  Video Resume    (100%)