Ahad - Rabu : 8:00 pagi - 5:00 petang, Khamis : 8:00 pagi - 3:30 petang   Facebook

 

[powr-countdown-timer id="j9Yd30"]

Program AMbassadoR Untuk Meningkatkan Kesedaran, Pengetahuan dan Amalan Pelajar Pra-Universiti B40 Terhadap Rintangan Antimikrobial (AMR)

27 Oktober - Kolej Matrikulasi Kedah telah berjaya melaksanakan Program Ambassador (AMR) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia bermula pada 29 September 2023 sehingga 27 Oktober 2023. Ketiga-tiga fasa tersebut melibatkan 40 orang pelajar B40 dari KMK sendiri. Pelaksanaan program tersebut telah dibahagikan kepada tiga (3) fasa dengan pengisian seperti berikut:

Fasa 1: 29/9/2023 (KMK):
- Pengenalan Program 
- Pendedahan kesedaran, pengetahuan, dan amalan pelajar terhadap rintangan antimikrobial

Fasa 2: 13/10/2023 (USM):
- Pendedahan dan hands-on teknik dan aplikasi dalam makmal mikrobial 
- Teknik terlibat: centrifuge, PCR, isolating DNA

Fasa 3: 27/10/2023 (KMK):
- Rumusan program serta Explorace AMR

Diharapkan segala usahasama ini dapat menggalakkan pemindahan ilmu antara pelajar selaku duta kesedaran AMR kepada ahli keluarga atau rakan sebaya dan juga meningkatkan pendapatan isi rumah mereka ke arah Masyarakat Kelas Pertengahan , hasil daripada pekerjaan dalam bidang STEM, sejajar dengan Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025.