Unit Peperiksaan bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan peperiksaan program Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
A. Pengurusan Peperiksaan dan Ujian Program Matrikulasi
- Mengurus pendaftaran mata pelajaran pelajar bagi Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM), Program Satu Tahun (PST) dan Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).
- Mengurus inden calon Ujian Pertengahan Semester (UPS) Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun.
- Merancang, mengurus dan menyelia penyediaan pusat peperiksaan PSPM PST dan PDT, UPS PST dan PDT.
- Merancang, mengurus dan menyelia penyediaan dokumen dan bahan peperiksaan PSPM PST dan PDT.
- Merancang dan mengurus pelantikan petugas peperiksaan PSPM PST dan PDT, UPS PST dan PDT.
- Menyelia pelaksanaan peperiksaan PSPM PST dan PDT.
- Menyelaras penggubalan soalan Peperiksaan UPS PST dan PDT.
B. Pengurusan Data Peperiksaan Program Matrikulasi
- Merancang, mengurus dan mengendalikan markah UPS PST, PDT dan Penilaian Berterusan (PB).
- Merancang, mengurus dan mengendalikan keputusan peperiksaan UPS PST dan PDT.
- Mengurus pengumuman keputusan peperiksaan PSPM PST dan PDT.
- Menyediakan data analisis keputusan peperiksaan PSPM PST dan PDT.
C. Pengurusan Bilik Kebal/Bilik Keselamatan dan Stor Peperiksaan
- Mengurus, menyelia dan memantau bilik kebal/bilik keselamatan.
- Mengurus, menyelia dan memantau stor peperiksaan.
D. Pengurusan Peperiksaan/Ujian Luar
1. Merancang mengurus dan mengendalikan tugas berkaitanpeperiksaan/ujian luar yang melibatkan pelajar Program
Matrikulasi seperti Malaysia University English Test (MUET), Medsi dan Munsyl.
2. Bekerjasama dengan pohak penganjur peperiksaan/ujian luar yang berkaitan.