Ahad - Rabu : 8:00 pagi - 5:00 petang, Khamis : 8:00 pagi - 3:30 petang   Facebook

 

[powr-countdown-timer id="j9Yd30"]

KMK Menang Bergaya di Sukan Asasi Malaysia (SAM) 2024


KMK telah mewakili Majlis Sukan Matrikulasi Malaysia (MSMM) dengan menyertai 9 acara olahraga di Sukan Asasi Malaysia (SAM 2024) yang berlangsung pada 1 hingga 3 Mac di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.


Seramai 1,244 atlet daripada 15 kontinjen telah menyertai acara sukan dan olahraga. KMK telah menghantar seramai 21 atlet dan 4 pegawai ke SAM 2024 . KMK hanya menyertai 9 acara olahraga balapan , iaitu 1500m, 200m, 400m, 4x100 dan 4 x 400 meter sahaja.
Pasukan olahraga telah berjaya membawa pulang 1 emas (4X100 m wanita) , 2 perak (200m dan 4x400 m wanita) dan 1 gangsa (200 m lelaki) di samping semua acara berkenaan mara ke peringkat akhir.
Majlis penutupan SAM 2024 telah diserikan dengan kehadiran dua artis terkenal iaitu Akim dan Ara Johari menghiburkan peserta.