Ahad - Rabu : 8:00 pagi - 5:00 petang, Khamis : 8:00 pagi - 3:30 petang   Facebook

 

[powr-countdown-timer id="j9Yd30"]

Info KMK

Fungsi Unit Hal Ehwal Pelajar

mppb

1) Merancang dan menguruskan proses pendaftaran dan pengendalian Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB).

2) Menguruskan proses rayuan, pertukaran kolej, penangguhan pengajian dan pemberhentian pelajar mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

xtvt

3) Merancang, mengurus dan mengawalselia pelbagai aktiviti pembangunan sahsiah pelajar di dalam dan di luar kolej.

4) Memastikan suasana yang harmoni dan kondusif semasa pelajar berada di kolej melalui penyediaan pelbagai kemudahan, perkhidmatan dan kebajikan yang diperlukan oleh pelajar seperti Bantuan Sara Hidup Pelajar (BSHP), Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK), insuran pelajar, pinjaman prasarana dan lain-lain.

pilihanraya

5) Merancang, mengurus dan memantau pengendalian proses pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP).

6) Membimbing, memberi khidmat nasihat dan mengawalselia aktiviti dan program pelajar dibawah JPP.

jpp 1

7) Mengurus dan mengambil tindakan susulan terhadap sebarang bentuk aduan daripada pelajar dan staf kolej berkaitan dengan pengurusan pelajar dari semasa ke semasa.

8) Menguruskan proses perbicaraan, memberi khidmat bimbingan bagi kes rayuan dan menguatkuasakan hukuman yang telah dijatuhkan mengikut Akta 174.

consultation

9) Mengurus permohonan pulang bermalam khas dan outing khas ketika waktu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

10) Melaksanakan dan mengawal disiplin dan tatatertib pelajar.

serambi 1

11) Mengurus urusan kad matrik pelajar.

12) Merancang dan menguruskan data pelajar dengan sistematik dan terkini.

13) Mengendalikan pelajar sakit ketika waktu PdP.

14) Mengurus penubuhan dan aktiviti alumni.