Kolej Matrikulasi Kedah mempunyai 3 blok asrama yang dilengkapi dengan pelbagai prasarana bagi memberi keselesaan kepada penghuninya.

Dasar utama penampatan pelajar di kolej ialah memberi penempatan selesa dan persekitaran kampus yang kondusif kepada penghuninya. Dalam mencapai dasar tersebut, semua warga dan pengurusan kolej memainkan peranan dana tanggungjwab msing-masing. Pihak kolej telah mengadakan pelbagai aktiviti pelajar mencakupi aspek akademik, kepimpinan, sukan, rekkreasi sosial dan kerohanian.

Kolej kediaman bukan sahaja dilihat sebagai tempat penginapan pelajar malah berfungsi sebagai tempat pembelajaran dan perpaduan pelajar.

 

Dasar kolej kediaman universiti adalah untuk memberi tempat penginapan, makanan san persekitaran pembelajaran yang selesa, ceria dan selamat. Semua pihak sama ada pengurusan kolej atau penghuni menjalankan tanggungjawap dan peranan masing-masing bagi memastikan keselesaan dan keharmonian kolej kediaman dapat dicapai.

Selain dari menyediakan tempat untuk penginapan dan makanan kepada pelajar, kolej kediaman juga adalah wadah untuk membentuk dan membangunkan sahsiah pelajar bagi mewujudkan lulusan yang bersifat holistik. Pelbagai program dan aktiviti pelajar dirangka dan dilaksanakan diperingkat kolej dan dikawalselia oleh Penyelia Asrama.