Membangunkan Modal Insan Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Menjana lepasan Program Matrikulasi yang berpengetahuan, kreatif dan berdaya saing.

previous arrow
next arrow
Slider

 

PENDAHULUAN

Subjek Kemahiran Dinamika, Program Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia terdiri daripada tiga komponen iaitu Pengurusan Kendiri, Kemahiran Interpersonal dan Kemahiran Berpasukan, serta Negara dan Kewarganegaraan digubal dengan tujuan untuk membentuk insan yang seimbang dan hamonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


 

MATLAMAT

Matlamat subjek Kemahiran Dinamika adalah untuk memantapkan pembinaan sahsiah pelajar dari sudut afektif, kognitif dan kemahiran generik sebagai persediaan melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi. Sukatan ini juga bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berketerampilan, mempunyai semangat patriotisme, berfikiran positif, dan mendukung wawasan pembangunan negara.

 


OBJEKTIF

Objektif sukatan pelajaran ini adalah untuk membolehkan pelajar:

(a)   mengukuhkan kemahiran berfikir secara positif dalam penyelesaian masalah.
(b)   meningkatkan pengetahuan tentang asas-asas kenegaraan Malaysia.
(c)   menguasai kemahiran berkomunikasi dan bekerja secara berkumpulan.
(d)   mengembangkan kemahiran insaniah (generik).
(e)   menganalisis dan merumuskan isu-isu tentang negara dan kewarganegaraan.
(f)   menghayati kepentingan kepemimpinan sebagai daya pembangunan dalam masyarakat.
(g)   memperteguh rasa tanggungjawab sebagai warganegara yang bersedia menyumbang tenaga
       kepada pembangunan negara.

 


PENILAIAN BERTERUSAN (PB)

Penilaian dijalankan secara berterusan melilputi semua aspek iaitu kodnitif, kemahiran dan afektif melalui:

a) Tugasan Individu (25%)

     Penilaian berdasarkan Amali Pengucapan Awam.

  • Dinilai dari segi penampilan dan keupayaan menyampaikan ucapan di hadapan khalayak.

 

b) Tugasan Kumpulan (40 %)

    
Penilaian dalam aspek kognitif, kemahiran dan afektif sama ada melalui;

  • Kerja kursus dalam bentuk penulisan powerpoint

  • Pembentangan

 

c) Sahsiah (35%)

    
Penilaian dalam aspek kognitif, kemahiran dan afektif melalui penampilan diri, sikap, penglibatan, disiplin, kerajinan,
    kehadiran dalam kelas/aktiviti, ketepatan masa dan lain-lain yang difikirkan munasabah dan bersesuaian.

a)  Komitmen: Menyediakan Penulisan Resume (20%)

b)  Penampilan Diri (15%)