KUALITI MENJANA KECEMERLANGAN

KOLEJ MATRIKULASI KEDAH

Membangunkan Modal Insan Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Kolej Matrikulasi Kedah pelaksana terunggul Program Matrikulasi Malaysia

Menjana lepasan Program Matrikulasi yang berpengetahuan, kreatif dan berdaya saing.

previous arrow
next arrow
Slider

Program Matrikulasi KPM Sistem Empat Semester merupakan program persediaan untuk melayakkan pelajar mengikuti kursus tertentu di peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan profesional di UA dalam dan luar negara. Reka bentuk kurikulum Program Matrikulasi KPM mengambil kira pengetahuan asas pelajar dan keperluan bidang tertentu pada peringkat ijazah pertama. Kurikulum program ini memberi penekanan kepada aspek akademik dan bukan akademik yang bertujuan menyediakan pelajar yang berpengetahuan, kreatif dan berdaya saing serta mempunyai ciri-ciri kualiti diri yang terpuji dan daya kepimpinan yang tinggi. Struktur pengajian menggunakan sistem semester (4 semester) dan tempoh pengajian adalah selama dua tahun. Pelajar ditempatkan di kolej kediaman sepanjang tempoh pengajian bagi mengoptimumkan masa pembelajaran. Bermula sesi 2018/2019, Bahagian Matrikulasi melaksanakan Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome-Based Education, OBE) sebagai persediaan ke arah pengakreditan Program Matrikulasi KPM oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA). OBE merupakan suatu proses akademik dan pendekatan dalam membangunkan jangkaan berfokuskan keberhasilan seperti pengetahuan, kemahiran dan nilai kepada pelajar yang perlu dicapai sebelum menamatkan pengajian.