Fungsi Unit Kaunseling


Pengenalan

Kaunseling adalah perkhidmatan menolong yang bertujuan membantu individu mencapai kesejateraan hidup. Manakala Sesi Kaunseling adalah pertemuan dua hala antara kaunselor dan klien. Kaunselor menggunakan kemahiran tertentu untuk membantu klien mencapai matlamat yang diingini. Proses kaunseling memberi ruang dan peluang kepada klien untuk meluahkan perasaannya, mencari punca kepada isu atau konflik yang dilalui, merangka strategi penyelesaian dan cuba untuk menyelesaikan isu yang dihadapi. Keputusan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan adalah pilihan klien sendiri tanpa dipengaruhi oleh kaunselor. Adalah menjadi kewajipan kepada klien untuk menjaga kerahsian seperti yang termaktub dalam Akta 580 (Etika Kaunselor).

Terdapat 2 jenis sesi kaunseling iaitu Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok. Kaunseling Individu adalah pertemuan bersemuka antara kaunselor dengan seorang klien. Manakala Kaunseling Kelompok adalah pertemuan bersemuka antara Kaunselor dengan beberapa klien yang mempunyai isu yang sama.

 

Objektif

  1.  Untuk membantu pelajar-pelajar memahami diri masing-masing dan persekitarannya supaya boleh mengambil tindakan yang positif ke arah perkembangan diri yang sihat.
  2. Untuk memperkasakan diri pelajar-pelajar  dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial dan kepemimpinan.
  3. Untuk membantu pelajar-pelajar menguasai kemahiran belajar supaya dapat belajar secara berkesan bagi memperolehi prestasi yang cemerlang dalam akademik.
  4. Mendedahkan pelajar-pelajar dengan maklumat-maklumat kerjaya yang tepat dan terkini bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat bersesuaian dengan minat, bakat, kemahiran dan nilai kerjaya mereka di IPTA.

 

Kaunseling & konsultasi

  1. Semua pelajar dan warga Kolej Matrikulasi Selangor berhak untuk mendapatkan perkhidmatan sesi kaunseling (Sesi Kaunseling Individu, Kelompok dan Konsultasi) secara percuma dan tanpa syarat.
  2. Semua maklumat adalah rahsia kecuali maklumat-maklumat yang dalam pengetahuan kaunselor boleh menjejaskan keselamatan klien atau orang lain, maka kaunselor berhak untuk memaklumkan kepada pihak atasan dengan kebenaran klien
  3. Klien boleh mendapatkan perkhidmatan sesi kaunseling dengan hadir sendiri (walk-in) berjumpa kaunselor.  Kaunselor akan melayan sekiranya tidak ada halangan.  Sekiranya ada halangan, kaunselor akan menetapkan satu tarikh dan masa lain dengan persetujuan klien.
  4. Klien juga boleh membuat temujanji dengan mengisi borang yang disediakan.  Kaunselor akan menjemput klien mengikut tarikh dan masa yang dipilih oleh klien.  Sekiranya tarikh dan masa tersebut, bertembung dengan sebarang temujanji lain atau aktiviti lain, kaunselor akan menelefon klien untuk membincangkan/memaklumkan tarikh dan masa yang baru.
  5. Klien juga boleh dirujuk oleh mana-mana pensyarah atau mentor supaya hadir bagi mendapatkan perkhidmatan sesi kaunseling.
  6. Klien berhak untuk menghadirkan diri bagi mengikuti sesi kaunseling dan menarik diri pada bila-bila masa tanpa perlu tunggu sehingga selesai sesi.
  7. Sekiranya perlu, sesi ulangan boleh dijalankan dengan persetujuan klien.Jika difikirkan perlu, kaunselor boleh merujuk ke mana-mana pakar yang boleh membantu klien dengan persetujuan klien.
  8. Klien mestilah dalam keadaan yang normal dari segi kognitifnya.


Bidang perkhidmatan

Unit Kaunseling dan Kerjaya menawarkan pelbagai bidang perkhidmatan antaranya akademik, kerjaya, peribadi, rakan sebaya, keluarga, penyesuaian dan perhubungan

 

Waktu perkhidmatan

Waktu perkhidmatan kaunseling adalah bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari Ahad hingga Khamis.

 

Sesi Kaunseling

a.      Temujanji

 Temujanji sesi kaunseling adalah digalakkan bagi memudahkan pelajar atau warga kolej diberi layanan yang sewajarnya.

b.      Persetujuan Termaklum

Persetujuan Termaklum adalah satu pernyataan yang digunakan untuk memberi kefahaman kepada klien sebelum menjalani sesi kaunseling. Sekiranya klien bersetuju, sesi kaunseling boleh dijalankan dan jika sebaliknya, klien boleh menarik diri daripada meneruskan sesi kaunseling. Walaubagaimanapun, dalam kes kauseling rujukan, klien perlu patuh kepada arahan pihak yang merujuk. Pada masa yang sama, klien rujukan masih tertakluk dalam penggunaan Persetujuan Termaklum.

AKTIVITI-AKTIVITI DI UNIT KAUNSELING DAN KERJAYA

  • Sesi Kaunseling Individu
  • Kaunseling Kelompok
  • Program Pembangunan Kendiri Dan Peningkatan Kemahiran
  • Kursus Kemahiran Asas Kaunseling
  • Program Motivasi Dan Kemahiran Belajar
  • Pengujian Psikologi Dan Pembangunan Inventori
  • Program Pembangunan Kerjaya (Career Attack / Career Outreach)
  • Temuduga Dalam Kampus
  • Karnival Kerjaya
  • Informasi berkaitan IPTA dan IPTS
  • Informasi biasiswa semasa