MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU

PELAJAR BAHARU SESI 2022/23

previous arrow
next arrow
Slider
About The JD Chicago



Perutusan Pengarah

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Selamat datang ke laman web Kolej Matrikulasi Kedah. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, saya berpeluang menerajui Kolej Matrikulasi Kedah yang menyediakan laluan alternatif untuk ke universiti kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

Saya amat berharap kolej ini dapat menjadi wadah utama seterusnya menjadi medium terbaik untuk menyampaikan ilmu dan maklumat yang terkini serta turut memaparkan pelbagai fungsi. Akhir sekali, saya berharap agar laman web ini dapat menjadi pemangkin kepada pendidikan prauniversiti di Malaysia amnya dan Kolej Matrikulasi Kedah khasnya. Sekian, terima kasih.

Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah

Kolej Matrikulasi Kedah

Penjana Unggul Pelajar Bumiputera Berkualiti Ke Universiti Awam Dalam Bidang Sains, Teknologi Dan Profesional.
KUALITI MENJANA KECEMERLANGAN





OBJEKTIF MATRIKULASI

1. Membangunkan modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2. Mengeluarkan lulusan Program Matrikulasi bagi memenuhi keperluan universiti awam (UA) dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

3. Menjana lepasan Program Matrikulasi yang berpengetahuan, kreatif dan berdaya saing.


MISI MATRIKULASI

Membangunkan potensi pelajar bumiputera dalam bidang sains, teknologi dan profesional melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.




Visi & Misi KM Kedah

Kolej Matrikulasi Kedah pelaksana terunggul Program Matrikulasi di Malaysia.

Kolej Matrikulasi Kedah beriltizam menyediakan pelajar cemerlang dan berdaya saing untuk universiti dalam dan luar negara melaluipersekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi ke arah memenuhi aspirasi negara

Lagu Kolej Matrikulasi Kedah

Video lagu Kolej Matrikulasi Kedah.

Video Pengenalan KM Kedah

Video Profil Kolej Matrikulasi Kedah.

  • KUALITI MENJANA KECEMERLANGAN
  • OBJEKTIF MATRIKULASI
  • MISI MATRIKULASI
  • Visi & Misi KM Kedah
  • Lagu Kolej Matrikulasi Kedah
  • Video Pengenalan KM Kedah
Dewan Kuliah

Kemudahan dewan kuliah yang selesa


Makmal Sains

Bagi melaksanakan PdP, makmal sains disediakan memenuhi keperluan prosedur dan peraturan yang lengkap, selamat, selesa dan kondusif.


Makmal Komputer

Kemudahan makmal komputer bagi pelaksanaan PdP.


Perpustakaan yang selesa

Perpustakaan yang menjadi tempat para pengajar dan pelajar untuk mendapatkan sumber rujukan dan bahan bacaan


Minimart

Kemudahan minimart bagi para pelajar.


previous arrowprevious arrow
next arrownext arrow
Shadow
Slider

Pengurusan Tertinggi

EN. MOHAMAD SALLEH BIN AHMAD
Image is not available

PENGARAH
Tel : 049286100 Ext : 1001
Email : pengarah@kmk.matrik.edu.my

Pengurusan Tertinggi

ENCIK MOHD JUNAIDI BIN ABD AZIZ
Image is not available

TIMBALAN PENGARAH
Tel : 049286100 Ext : 1004
Email : @kmk.matrik.edu.my

Pengurusan Tertinggi

EN WAN ABDUL AZIZ BIN WAN OMAR
Image is not available

KETUA JABATAN PENGURUSAN PELAJAR
Tel : 049286100 Ext : 1024
Email : wan_abdulaziz@kmk.matrik.edu.my

Pengurusan Tertinggi

MHD SOFIYUDDIN BIN SALLEH
Image is not available

KETUA JABATAN SAINS
Tel : 049286100 Ext : 1022
Email : sofiyuddin@kmk.matrik.edu.my

Pengurusan Tertinggi

AZMAN BIN YUSOF
Image is not available

KETUA JABATAN MATEMATIK
Tel : 049286100 Ext : 1021
Email : azman@kmk.matrik.edu.my

Pengurusan Tertinggi

MOHD FARIZUDDIN BIN SENAPI
Image is not available

PENOLONG PENGARAH PEPERIKSAAN
Tel : 049286100 Ext : 1023
Email : farizuddin@kmk.matrik.edu.my

Pengurusan Tertinggi

SHAMSHUL SAKINAH BINTI HAMZAH
Image is not available

PEGAWAI HAL EHWAL PELAJAR
Tel : 049286100 Ext : 1006
Email : shamshulsakinah@kmk.matrik.edu.my

previous arrow
next arrow
Slider

 BANNERMPPB3

TAHNIAH  
SELAMAT DATANG KE KOLEJ MATRIKULASI KEDAH  

Pendaftaran Pelajar Ambilan Sesi 2021/2022

Secara atas talian bermula 12 hingga 22 Julai 2021.

Pendaftaran Pelajar Sesi 2021/2022 yang ditawarkan ke Kolej Matrikulasi Kedah .

Sila hubungi Hal Ehwal Pelajar untuk maklumat lanjut di talian 04-9286100.

TARIKH

PELAJAR

12 - 22 Julai 2021

Pelajar SDS Sesi 2021/2022
1. Sains
2. Perakaunan

Pelajar SES I Sesi 2021/2021

19 - 22 Julai 2021

Pelajar SES III, Tangguh & Mengulang

 

PANDUAN UMUM

SEBELUM PENDAFTARAN

Sila ambil tindakan berikut bagi memastikan proses pendaftaran berjalan dengan  

 

 🔅Kaedah pembayaran yuran pendaftaran telah dikemaskini. Pelajar boleh membuat bayaran menerusi kaedah² berikut:

(i) *Kaunter BSN*
(ii) *MyBSN (akaun sendiri)*
(iii) *My BSN (akaun orang lain)*
(iv) _Online Banking (selain MyBSN)_
(v) _Wang pos/kirim wang/Draf Bank_
 
🔅Pelajar yang menggunakan MyBSN digalakkan untuk menggunakan kaedah PAYMENT.
 
🔅Pelajar yang menggunakan Online Banking (selain MyBSN), pelajar disarankan menulis No Matrik dan No IC pada bahagian _reference_
 
🔅 Pelajar yang  telah membuat pembayaran (mana² kaedah i hingga v)  perlu *menyimpan slip asal pembayaran*(dalam bentuk digital).

Yuran Pendaftaran seperti berikut:

 Bil  

Jurusan

Yuran Pendaftaran

1

Pelajar Sains Program Sistem Dua Semester (SDS) / Program Sistem Empat Semester (SES)

RM599.60

2

Pelajar Jurusan Perakaunan

RM546.60

3

Pelajar Sistem Empat Semester (SES) Sesi 2021/2022

RM296.60

4

Pelajar Mengulang / Tangguh

RM296.60

5

Pelajar Menangguh :

1.     Jika telah membuat bayaran yuran pada sesi 2020/2021 maka tiada sebarang bayaran perlu dibuat pada sesi 2021/2022

2.     Jika belum melakukan sebarang pembayaran maka bayaran yang perlu dijelaskan adalah sama dengan yuran pendaftaran pelajar baharu sesi 2021/2022

  • Salinan SLIP BAYARAN YURAN PENDAFTARAN yang asal untuk kegunaan kolej dan Salinan fotokopi untuk simpanan sendiri.
  1. Pelajar dikehendaki membuka akaun baharu BANK RAKYAT berserta KAD ATM bagi memudahkan pembayaran Bantuan Sara Hidup Pelajar dilakukan.
  1. Pastikan semua dokumen pendaftaran telah lengkap diisi dan disusun dengan baik.
  1. Berikut adalah senarai dokumen yang perlu di pos ke kolej atau membuat serahan tangan kepada kolej (bagi yang berdekatan dan tiada masalah ke kolej):

 

Bil.

 

Perkara

 

Catatan

1

Slip (BSN) Bayaran Yuran Pendaftaran (Origional)

1 salinan

2

Surat Tajaan Yuran Pendaftaran (Zakat/Baitumal)

(jika berkaitan)

3

Surat Tawaran Pengajian Program Matrikulasi, KPM

1 salinan

4

Slip Maklumat Akaun Bank Rakyat (Persendirian)

2 salinan

5

 

Maklumat Peribadi Pelajar BMKPM/02 – Pin 4

(lekatkan gambar berukuran passport pada ruang yang disediakan)

Kepilkan gambar berukuran pasport 2 keping

6

Akuan Persetujuan Ibu Bapa/ Penjaga BMKPM/02/01 – Pin 4

Lengkap diisi

7

Pengakuan Bebas Penyalahgunaan Dadah BMKPM/02/02 – Pin 4

Lengkap diisi

8

Rekod Kesihatan Pelajar BMKPM/02/03 – Pin 4

Lengkap diisi

9

Salinan Kad Pengenalan Pelajar & Ibubapa

(Nota: sila palangkan ( \\ ) penjuru kanan pada salinan semua kad pengenalan berkenaan)

2 salinan setiap satu

10

Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Pelajar Program Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia

(PPM/BM.1/99.Pin-4)

 2 salinan (telah        dimatikan setem  hasil)

11

Pengesahan Pendapatan  (BSHP 1-Pin 1)

Lengkap diisi

12

 Akuan Pendapatan  (BSHP 2-Pin 1)

Lengkap diisi

13

Elaun Murid Berkeperluan Khas (Lampiran A)

(jika berkaitan)

  1. Masukkan semua dokumen yang telah lengkap seperti catatan pada Senarai Semak Dokumen dalam sampul surat bersesuaian dan poskan ke Kolej Matrikulasi Kedah menggunakan alamat yang betul mulai 26 Julai 2021. Cara menulis alamat kolej adalah seperti berikut: Catatkan no. Kumpulan MEPro / Praktikum pada penjuru atas (seperti contoh : S1T1)

                   NAMA PENUH PELAJAR                   MOHAMAD IZZAT HAKIMI BIN SAHRIN

                   NO. MATRIK                                         MS2113122234

                   NAMA BLOK KEDIAMAN                     A1.T2.13

                   ALAMAT KOLEJ                                    KOLEJ MATRIKULASI KEDAH

                                                                                  06010 CHANGLUN  KEDAH

envelope

  1. Semua dokumen di atas perlu di hantar selewat – lewatnya 13 Ogos 2021. Sebarang kelewatan akan menjejaskan proses pembayaran Bantuan Sara Hidup Pelajar bagi yang layak.
  1. Sebarang masalah atau kemusykilan, sila hubungi Unit Hal Ehwal Pelajar, Kolej Matrikulasi Kedah di talian 04-9286100.
  1. MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU
  • MPPB dilaksanakan secara dalam talian selama dua (2) hari bermula 26 Julai 2021 hingga 27 Julai 2021. Semua pelajar diwajibkan mengikuti aktiviti MPPB seperti yang dijadualkan. Semakan Kelas dan Jadual Waktu boleh di buat melalui telegram- Info Pelajar KMK Sesi 2021/2022 (HEP)
  1. SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

             9.1     Sesi PdP akan bermula pada 28 Julai 2021.  PdP Semester satu dilaksanakan secara dalam                               

                       talian sepenuhnya dan  pelajar kekal berada di rumah masing – masing.

             9.2     Bagi Semester dua, pelajar akan kembali ke kolej masing – masing dan menjalani PdP secara hybrid.

              9.3   Join Telegram Info Pelajar KMK Sesi 2021/2022 (HEP) bagi Semakan Kelas dan Jadual Waktu.

     

         Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak kolej- 04-9286100

          Ataupun join telegram Info Daftar Online KMK.

           

          Pelajar dikehendaki mendaftar secara online di pautan berikut:

          Sila klik Pendaftaran Online.

         Scan untuk memudahkan capaian.

        qrdaftar

        

          Pelajar juga dinasihatkan sertai Channel Telegram HEP bagi mendapatkan maklumat terkini.

          Sila klik link berikut untuk menyertai channel tersebut.

          Join Telegram Info Pelajar KMK Sesi 2021/2022 (HEP) bagi Semakan Kelas dan Jadual Waktu.

          scan atau klik  QR CODE di bawah:

                      photo 2021 07 10 20 44 10

                         SCAN / CLICK

   

Pelajar SES III, Tangguh & Mengulang mendaftar secara online bermula 19 Julai 2021. Harap Maklum.