Tahniah kepada semua pelajar baharu Kolej Matrikulasi Kedah sesi 2022/2023.

Kepada pelajar baharu (Ambilan Ketiga) yang menerima tawaran, anda boleh rujuk dibawah borang-borang yang perlu di muatturun dan diisi serta membuat pembayaran yuran dan membuka buku akaun Bank Rakyat (untuk pemberian elaun pelajar).

1. Para pelajar dikehendaki memuatturun dokumen berikut dan melengkapkannya sebelum datang mendaftar di kolej.

2. Para pelajar boleh datang mendaftar di kolej pada 14 Ogos 2022 (Ahad) dan terus tinggal di asrama kolej yang disediakan.

3. Pendaftaran dibuat di Serambi Pelajar Kolej Matrikulasi Kedah jam 8.00 pg hingga 12.00 tengah hari. Pelajar Ambilan 3 mendaftar secara manual di Serambi, tidak perlu daftar secara online.

4. Para waris dijemput menghadiri Taklimat Waris yang diadakan di Dewan Baiduri pada pukul 10.00 pagi. Para waris disarankan datang lebih awal untuk mendengar taklimat tersebut.

5. Sila pastikan anda telah melengkapkan semua dokumen yang dimuatturun di bawah sebelum datang mendaftar di kolej.

6. Semua maklumat berkenaan pembayaran yuran ada di dalam dokumen di bawah. Sila baca dengan teliti.

7. Pelajar dikehendaki sertai (join) channel telegram berikut untuk maklumat sepanjang pendaftaran.

tele info

Channel Info Daftar KMK