Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Malaysia dan Hari Kemerdekaan ke-65 Malaysia bagi tahun 2022 ini, Kolej Matrikulasi Kedah menganjurkan Karnival Jom Baca Merdeka @KMK. Pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik disediakan bagi seluruh warga KMK. Karnival akan berlangsung pada 17 September 2022 (Sabtu).