Membangunkan Modal Insan Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Kolej Matrikulasi Kedah pelaksana terunggul Program Matrikulasi Malaysia
Menjana lepasan Program Matrikulasi yang berpengetahuan, kreatif dan berdaya saing.
Perutusan Pengarah
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Selamat datang ke laman web Kolej Matrikulasi Kedah. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, saya berpeluang menerajui Kolej Matrikulasi Kedah yang menyediakan laluan alternatif untuk ke universiti kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.
Saya amat berharap kolej ini dapat menjadi wadah utama seterusnya menjadi medium terbaik untuk menyampaikan ilmu dan maklumat yang terkini serta turut memaparkan pelbagai fungsi. Akhir sekali, saya berharap agar laman web ini dapat menjadi pemangkin kepada pendidikan prauniversiti di Malaysia amnya dan Kolej Matrikulasi Kedah khasnya. Sekian, terima kasih.
Penjana Unggul Pelajar Bumiputera Berkualiti Ke Universiti Awam Dalam Bidang Sains, Teknologi Dan Profesional.
KUALITI MENJANA KECEMERLANGAN
OBJEKTIF MATRIKULASI
1. Membangunkan modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
2. Mengeluarkan lulusan Program Matrikulasi bagi memenuhi keperluan
universiti awam (UA) dalam bidang sains, teknologi dan profesional.
3. Menjana lepasan Program Matrikulasi yang berpengetahuan, kreatif dan
berdaya saing.
MISI MATRIKULASI
Membangunkan potensi pelajar bumiputera dalam bidang sains, teknologi dan
profesional melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melahirkan
modal insan yang cemerlang.
Visi & Misi KM Kedah
Kolej Matrikulasi Kedah pelaksana terunggul Program Matrikulasi di Malaysia.
Kolej Matrikulasi Kedah beriltizam menyediakan pelajar cemerlang dan berdaya saing untuk universiti dalam dan luar negara melaluipersekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi ke arah memenuhi aspirasi negara