Mulai tahun 2017, AJK Kebajikan Unit Kimia merancang dan telah menjalankan majlis sambutan hari lahir untuk setiap pensyarah kimia. Majlis sambutan diadakan setiap dua bulan sekali dan disertakan dengan bacaan doa selamat.
Sumbangan dan hadiah hari lahir turut diberikan kepada pensyarah yang terlibat untuk dijadikan kenang-kenangan. Selain daripada itu, unit kimia juga turut mengadakan jamuan unit setiap bulan. Pensyarah bekerjasama menyediakan menu untuk jamuan yang diadakan. Jamuan berbuka puasa dan jamuan sempena hari raya juga turut disenaraikan sebagai agenda pada masa akan datang.
Artikel oleh NOR SYATILLA HAERANY BINTI ABD GHANI