Unit kimia KMK telah menjalankan satu kursus yang dinamakan Bengkel Pemurnian Nota Kuliah PST&PDT. Bengkel ini telah dijalankan sebanyak tiga sesi iaitu pada 3,10 & 17 April 2017.
Tujuan pelaksanaan bengkel ini adalah untuk mengemaskini nota berdasarkan silibus terkini, mempelbagaikan contoh-contoh soalan untuk memudahkan rujukan pensyarah dan pelajar. Sesi pertama bertujuan untuk perbincangan di dalam kumpulan mengenai mengemaskini nota kuliah, sesi kedua dan ketiga adalah melibatkan pembentangan setiap kumpulan.
Artikel oleh NOR SYATILLA HAERANY BINTI ABD GHANI