Program TAC yang dijalankan sepanjang semester bertujuan untuk menggalakan interaksi antara pensyarah dengan pelajar cemerlang, meningkatkan kefahaman konsep Kimia di kalangan pelajar cemerlang,meningkatkan gred pelajar daripada A- kepada A dan mengekalkan gred A pelajar.

 

Setiap pensyarah diberi “anak angkat” iaitu pelajar tutoran yang mendapat gred A serta A- PSPM 1 untuk dibimbing. Satu set buku soalan TAC serta checklist berdasarkan topik diberi kepada peserta program TAC. Peserta program TAC dikehendaki membuat soalan yang diberi serta berjumpa dengan pensyarah tutoran untuk menyemak jawapan. Pensyarah akan menurunkan tandatangan dalam checklist sekiranya peserta berjaya habis membuat soalan serta menyemak jawapan. Peserta yang berjaya mengumpul semua tandatangan pensyarah checklist untuk semua topik dalam masa yang paling singkat diberi ganjaran.

Artikel oleh NOR SYATILLA HAERANY BINTI ABD GHANI