Ahad - Rabu : 8:00 pagi - 5:00 petang, Khamis : 8:00 pagi - 3:30 petang   Facebook

 

[powr-countdown-timer id="j9Yd30"]

Hari Terbuka Program Heart of KMK (HOK)

Hari Terbuka Program Heart of KMK (HOK)
16 - 18 Mac 2023.
 
Sempena dengan hari terakhir Hari Terbuka, Heart of KMK (HOK) yang telah berlangsung selama 3 hari iaitu mulai 16 sehingga 18 Mac 2023, satu program yang berkaitan dengan kesihatan warga Kolej Matrikulasi Kedah iaitu Program Pelancaran 10000 Langkah Sehari telah diatur. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha, Tuan Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah, En. Mohamad Salleh bin Ahmad.
 

 

Selain daripada Program Pelancaran 10000 Langkah Sehari tersebut, terdapat banyak lagi aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan sepanjang 3 hari ini. Antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah 'Pop Explorace', 'Colour Run', Program Angkat, Pameran MASTECC, Pertandingan Sofbol dan beberapa aktiviti lain.
 
Seiring dengan hasrat Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, diharapkan semoga aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang Hari Terbuka, Heart of KMK (HOK) ini telah dapat memberikan impak yang berkesan dalam mempromosikan Program Matrikulasi kepada masyarakat.