Kami ahli unit kimia Kolej Matrikulasi Kedah ingin mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” kepada semua warga kolej. Semoga warga KMK menyambut lebaran dengan penuh kegembiraan bersama keluarga tersayang dan sahabat handai…Berhati-hati di jalanraya semasa memandu pulang ke kampung. Semoga perjalanan anda selamat sampai ke destinasi yang dituju....Terimalah mutiara kata dari kami di unit kimia khas untuk anda semua..
yang jauh itu WAKTU,
yang dekat itu MATI,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang mudah itu BERBUAT DOSA,
yang panjang itu AMAL SOLEH,
yang indah itu SALING MEMAAFKAN
"Salam aidilfitri maaf zahir dan batin".