PROGRAM BICARA KERJAYA 1 PDT4

Program Bicara Kerjaya 1 yang dianjurkan oleh Unit Matematik, Kolej Matrikulasi Kedah telah diadakan seperti butiran berikut:-

                                Tempat : DKB1, Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun, Kedah

                                Tarikh    : 30 Januari 2018

                                Masa      : 8.00 – 10.30 malam

                                Penceramah:        En Khairul Aswat bin Abdullah

                                                           (Aerospace Composites Malaysia, Bukit Kayu Hitam)

                                Peserta : 78 orang PDT Sem 4 (terbuka juga kepada pelajar-pelajar selain PDT Sem 4)

 

 

 

Program Bicara Kerjaya 1 ini merupakan program yang dirancang bagi membantu meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar khususnya pelajar Sem 4, Program Dua Tahun (PDT). Program ini dapat memberi peluang kepada pelajar memilih bidang kerjaya yang sesuai dengan kehendak pasaran sekarang dan membantu pelajar memilih kursus yang sesuai di universiti awam nanti.

 

 

Sebelum Program Bicara Kerjaya 1 bermula.

 

 

Peserta Program Bicara Kerjaya 1

 

Barisan pensyarah yang turut hadir.

 

Ceramah disampaikan oleh En Khairul Aswat bin Abdullah dari ACM, Bukit kayu Hitam.

 

Slide pembukaan ceramah.

 

Pensyarah & peserta yang ceria dalam Program Bicara Kerjaya 1.

 

Peserta Program Bicara Kerjaya 1.

 

Peserta Program Bicara Kerjaya 1.

 

Antara slide yang dipaparkan.

 

Penceramah memberi ‘little gift ’ kepada peserta yang dapat menjawab beberapa soalan ringkas. 

 

Sijil penghargaan & cenderamata disampaikan oleh Ketua Unit Matematik,  En Asrol bin Shariff.

 

Peserta mengisi borang soal selidik secara online di akhir program.

 

Borang Soal Selidik Keberkesanan Program Bicara Kerjaya 1.

 

Barisan pensyarah bersama penceramah. Dari kiri: En Rosdi, En Zainal, En Khairul Aswat, En Asrol, Pn Raihan, Pn Emme Eryanie dan Pn Hafliza.

 

Jamuan ringkas selepas selesai penyampaian sijil & cenderamata.

 

Barisan Ahli Jawatankuasa yang membantu menjayakan program.

 

 

Di akhir program, peserta telah mengisi Borang Soal Selidik Keberkesanan Program Bicara Kerjaya 1 secara online. Berikut adalah hasil soal selidik yang diperolehi mengikut item:

Bil

   Item Pengetahuan & Motivasi

Min

1.

Program ini telah membantu saya dalam menentukan hala tuju kerjaya saya.

 

4.79

 

2.

Program ini telah memberi pengetahuan yang mendalam mengenai prospek-prospek kerjaya yang saya minat.

 

4.71

 

3.

Program ini telah membantu saya dalam memahami bidang tugas sebenar seorang jurutera.

 

4.71

 

4.

Program ini telah meningkatkan motivasi saya bagi mencapai keputusan yang cemerlang.

 

4.73

 

5.

Program ini membantu saya membuat pilihan kursus di universiti awam nanti selaras dengan keperluan negara.

 

4.72

 

6.

Saya mengharapkan program ini akan terus dilaksanakan pada masa akan datang.

4.77

 

                                                                                        Min keseluruhan

4.74