Lawatan Kerja YBRS. Dr. Ahmad Rafee Bin Che Kassim (TKPPM) ke KMK

Lawatan Kerja YBRS. Dr. Ahmad Rafee Bin Che Kassim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (TKPPM) ke Kolej Matrikulasi Kedah pada 11 April 2021. Mengiringi beliau adalah Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah, En. Mohamad Salleh Bin Ahmad, Timbalan Pengarah KMK dan Ketua Jabatan Kolej Matrikulasi Kedah.
Beliau berkesempatan melihat sesi kuliah, amali sains dan tutoran serta berinteraksi dengan beberapa orang pelajar dan pensyarah. Beliau juga berkesempatan meninjau Pusat Sumber Kolej Matrikulasi Kedah dan melihat pemeran Komik STEM.