TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG
Lembaran baru telah bermula, syabas dan tahniah kepada para pelajar yang baru sahaja menjejak kaki ke KMK sekaligus menjadi warga Kolej Matrikulasi Kedah bagi sesi 2018/2019. Selamat datang diucapkan kepada pelajar yang baru mendaftar di KMK . Tahniah kerana telah mengambil peluang ini untuk mencipta sejarah yang baru dalam diri semua pelajar.Seawal jam 8.00 pagi hampir semua pelajar terlibat membanjiri Kolej Matrikulasi Kedah bersedia untuk mendaftar dan sehingga lewat petang masih ada lagi pelajar mendaftar.Bermula 23 hb Mei sehingga 24 hb Mei 2018 akan berlangsung Minggu Pendaftaran dan Pengurusan Pelajaran Baharu 2018/2019 dengan pelbagai pengisian agar pelajar lebih jelas idealogi dan hala tuju program matrikulasi seterusnya lebih mengenali Kolej Matrikulasi Kedah dengan lebih mendalam.