Pasukan KMK Cemelang di Universiti Malaya

Pasukan KMK sekali mencipta kecemerlangan di peringkat kebangsaan. Kali ini pasukan dari Unit Ekonomi Kolej Matrikulasi Kedah telah berjaya mengharumkan nama KMK di bumi Universiti Malaya dengan mendapat Johan dalam pertandingan Kuiz Ekonomi Piala Dekan FEB. Kejayaan ini adalah kebanggaan seluruh warga KMK. Pelajar yang mewakili KMK ialah Lee Zhi Wei, Kuek Si Ting dan Nivashi. Manakala Tn. Haji Mohd Saifuddin dan Dr. Zaini b. Abdullah sebagai Pesyarah Penasihat dan Jurulatih. Sekalung TAHNIAH kepada pasukan KMK. Semoga terus gemilang.