Tarikh : 26 Mac 2019

Masa : 4.00 - 6.00 ptg

Tempat : DKK 4

Program ini dianjurkan untuk mendedahkan pelajar kepada teknik yang betul untuk menghadapi kertas SC025, PSPM II tidak lama lagi. Ianya disampaikan oleh En. Mohd Latifi b Abdul Ghani dan En. Muhamad Dom b Ahmad, pensyarah-pensyarah Sains Komputer KMK yang komited dan mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam bidang Pengaturcaraan.

Mereka yang terlibat dalam program ini adalah pelajar-pelajar yang menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan sepanjang semester 2 ini.

Diharapkan program ini bermanfaat serta semua pelajar dapat menggunakan peluang dan kesempatan ini untuk membuat persediaan yang lebih baik bagi menghadapi PSPM yang akan tiba.

   

Tarikh : 26 MAC 2019

Masa: 4.00 - 6.00 ptg

Tempat: DKK 3

Program ini dianjurkan untuk mendedahkan pelajar kepada teknik yang betul untuk menghadapi kertas SC025, PSPM II tidak lama lagi. Ianya disampaikan oleh Pn. Maziah  bt Mohd Zain, seorang pensyarah senior di KMK dan merupakan salah seorang SME (Subject Matter Expert) di BMKPM.

Mereka yang terlibat adalah pelajar-pelajar yang menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan sepanjang semester 2 ini.

Diharapkan program ini bermanfaat serta semua pelajar dapat menggunakan peluang dan kesempatan ini untuk membuat persediaan yang lebih baik bagi menghadapi PSPM yang akan tiba.

 

        

 

TARIKH : 14 Mac 2019

MASA : 2.00-4.00 ptg

TEMPAT : DKK 1

Program ini diadakan untuk mendedahkankan pelajar teknik menjawab soalan PSPM semester IV yang betul sebagai persediaan terakhir bagi sesi terakhir ini.

Semoga para pelajar dapat memanfaatkan segala input yang diberikan oleh En. Muhammad Azri bin Abdul Rashid, salah seorang pensyarah Sains Komputer KMK yang berpengalaman.

 

Page 1 of 2