Ahad - Rabu : 8:00 pagi - 5:00 petang, Khamis : 8:00 pagi - 3:30 petang   Facebook

 

[powr-countdown-timer id="j9Yd30"]

 

 

Unit ekonomi merupakan salah satu unit di bawah Jabatan Sastera, Ikhtisas dan Sains Sosial. Unit ini diketuai oleh Dr Muhammad Sodbir bin Hamzah selaku Ketua Unit dan mempunyai seramai 6 orang pensyarah. Unit ekonomi terletak di aras 2, Bangunan Seri Jerai.

Subjek ekonomi yang ditawarkan adalah khusus kepada pelajar Jurusan Perakaunan dan merupakan salah satu subjek wajid yang perlu diambil pada semester 1 dan semester 2 pengajian.

Kursus Ekonomi 1 (AE015) memperkenalkan pelajar kepada konsep asas mikroekonomi berkaitan dengan gelagat pengguna dan gelagat pengeluar. Aplikasi dan teori mikroekonomi yang didedahkan kepada pelajar amat releven dalam membuat keputusan ekonomi yang rasional.

Manakala pada semester ke-2, pelajar akan mempelajari subjek Ekonomi 2 (AE025) yang akan mendedahkan pelajar kepada konsep asas makroekonomi, pembolehubah-pembolehubah makroekonomi dan penentu kegiatan ekonomi. Aplikasi teori makroekonomi amat releven untuk menerangkan dan memahami perkembangan ekonomi semasa.

 

Kandungan Kursus Ekonomi 1 (AE015)

  1. Pengenalan Ekonomi
  2. Permintaan, penawaran dan keseimbangan pasaran
  3. Keanjalan permintaan dan penawaran
  4. Teori perlakuan pengguna
  5. Teori pengeluaran dan kos
  6. Struktur pasaran

 

Kandungan Kursus Ekonomi 2 (AE025)

  1. Pengenalan makroekonomi
  2. Perakaunan Pendapatan Negara
  3. Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara
  4. Wang dan bank
  5. Inflasi dan pengangguran
  6. Belanjawan Negara, Dasar Fiskal dan Dasar Kewangan
  7. Ekonomi Antarabangsa

 

Penilaian Kursus

Komponen

Wajaran

Penilaian Berterusan

 

·       Ulasan artikel

15%

·       Penulisan Esei

25%

Ujian Penilaian Sumatif (UPS)

20%

Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM)

40%

Pengenalan

Unit Ekonomi merupakan salah satu unit di bawah Jabatan Sastera Ikhtisas. Unit ini diterajui oleh Pn. Jamaatun Zahariah binti Suhaimi sebagai Ketua Unit dan dibantu oleh enam orang pensyarah.

Unit Ekonomi menawarkan subjek Mikroekonomi (AE 015 dan Makroekonomi AE 025 bagi semester I dan II khusus untuk para pelajar Perakaunan.

 

 

MATLAMAT

Sukatan Pelajaran Ekonomi Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia digubal dengan tujuan memberikan pelajar asas ilmu ekonomi yang teguh untuk memahami kegiatan ekonomi khususnya dalam konteks Negara Malaysia dan antarabangsa. Disamping itu , Sukatan Pelajaran ini juga bertujuan untuk membolehkan pelajar mengikuti pengajian bidang ini ke peringkat yang lebih tinggi. 

 

 

PENILAIAN BERTERUSAN (PB)

30 %

  1. Tugasan Individu (10%)
  2. Tugasan Berkumpulan (20%)