Ahad - Rabu : 8:00 pagi - 5:00 petang, Khamis : 8:00 pagi - 3:30 petang   Facebook

 

[powr-countdown-timer id="j9Yd30"]

Berita Terkini

Majlis Penutupan MPPB dan Ikrar Pelajar Sesi 2024/2025

4 Julai - Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) Sesi 2024/2025 berakhir dengan rasminya pada hari ini. Majlis bermula pada jam 2.30 petang bertempat di Dewan Mahawangsa serta dirasmikan oleh Tuan Timbalan Pengarah En. Mohd Junaidi bin Abd Aziz. Tuan Timbalan Pengarah yang mewakili Puan Pengarah KMK juga berbesar hati menyampaikan amanat,  kepada pelajar-pelajar baharu bagi menempuh sesi pembelajaran dan kehidupan baru di kolej ini. Beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak pelajar agar sentiasa fokus dalam pelajaran masing-masing serta berusaha mencapai sasaran yang ditetapkan.

Majlis penutupan berjalan dengan lancar dan meriah disamping diselitkan dengan gimik penutupan serta tayangan montaj MPPB 2024. Sekalung penghargaan kepada bekas-bekas pelajar sesi lepas yang terlibat sebagai fasililator kali ini serta semua warga KMK, pensyarah, staf , pengawal-pengawal keselamatan serta kakitangan kebersihan yang bertugas untuk memastikan acara besar dan penting ini berjalan lancar.