Ahad - Rabu - 8:00 Pg - 5:00 Ptg, Khamis - 8:00 Pg - 3:30 Ptg   Facebook

Info Unit PAM

Ringkasan Pengenalan Unit

Kursus ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mampu berkomunikasi dengan berkesan secara lisan dan penulisan. Di samping itu, pelajar dapat menunjukkan sifat kepimpinan, autonomi dan kebertanggungjawab. Kursus ini membincangkan topik Kemahiran Komunikasi dan Kepimpinan, Demokrasi Berparlimen dan Struktur Pentadbiran Negara dan Isu dan Cabaran Negara.

 

Objektif kursus ini adalah untuk membolehkan pelajar:

  1. Menyampaikan idea dengan terang, berkesan dan penuh keyakinan secara lisan dan tulisan
  2. Menunjukkan kepimpinan, autonomi dan kebertanggungjawaban berfokus pada konteks penyelesaian masalah dalam menguruskan kerja kursus

 

Kursus yang ditawarkan ikut Progam SDS dan SES

Pengajian Am Matrikulasi (WP001)

 

Maklumat Penilaian

Penilaian dijalankan secara berterusan meliputi semua aspek iaitu Kemahiran Komunikasi, Kemahiran Kepimpinan, Autonomi dan Kebertanggungjawaban.

Tugasan Penilaian Berterusan : Video Resume   (100%)