Ahad - Rabu : 8:00 pagi - 5:00 petang, Khamis : 8:00 pagi - 3:30 petang   Facebook

 

[powr-countdown-timer id="j9Yd30"]

Info Unit Kokurikulum

Ringkasan Pengenalan Unit

Unit Kokurikulum bertanggungjawab bagi mengurus kursus Kokurikulum di Kolej Matrikulasi Kedah. Unit Kokurikulum juga memfokuskan kepada penyediaan pengetahuan dan pengalaman yang boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik kuliah bagi perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif melalui tiga komponen kokurikulum iaitu:-

  • Sukan dan Permainan
  • Kelab dan Persatuan
  • Kawad kaki 

 

Objektif Unit

Mewujudkan pendidikan yang seimbang dan menyeluruh supaya pelajar menjadi individu yang lebih matang sejajar dengan hasrat Bahagian Matrikulasi melalui :-

  • Mengimbang antara kecemerlangan akedemik dengan kece merlangan diri.
  • Melatih aspek kepimpinan dengan menitikberatkan disiplin organisasi dan kerjasama kumpulan dikalangan pelajar.
  • menyedia kan ruang kepada pelajar untuk mengasah dan mengembangkan bakat serta kemahiran untuk faedah diri dan masyarakat.
  • Menbantu pengembanganjsamani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang dapat membentuk sifat-sifat kepimpinan, jatidiri, ceria dan berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.
  • Pengisian masa lapang dengan memberi peluang kepada pelajar melakukan aktiviti berfaedah.
  • Membentuk disiplin dan kepimpinan pelajar.
  • Meluas interaksi dan integrasi sosial dalam masyerakat umum dan perpaduan kaum bagi meningkatkan kemahitan komunikasi pelajar.

 

Kursus yang ditawarkan ikut Program SDS

  • Sukan Dan Permainan
  • Kelab Dan Persatuan
  • Kawad Kaki

 

Maklumat Penilaian

Jenis Pentaksiran/ Type of Assessment:

Projek

Mengaplikasi pengetahuan, konsep dan kemahiran yang diperolehi sepanjang pengajaran dan pembelajaran Kokurikulum. Pelajar perlu menggabungkan beberapa aspek pengalaman mereka sepanjang PdP berkenaan.

Objektif Pentaksiran/ Assesment Objectives:

  • Membuktikan jalinan hubungan baik dengan nyata dan bekerjasama dengan ahli kumpulan dengan berkesan dalam mencapai objektif.
  • Menghormati dan menerima pendapat orang lain bagi mencapai objektif.
  • Menjalankan tugas yang diberi mengikut skop kerja yang memenuhi jangkaan.
  • Mengamalkan budaya kerja yang baik seperti berakhlak, menepati waktu, cekap, berhemah dan produktif.

Kriteria Pentaksiran/ Assesment Criteria

Tugasan disemak berdasarkan Rubrik Pentaksiran dalam Panduan Pentaksiran Hasil Pembelajaran



Permarkahan Penilaian berterusan

  • CLO1 dinilai melalui dua subatribut iaitu Membina Hubungan Baik (SA1) dan Menghormati dan Menerima Pendapat (SA2).
  • CLO2 dinilai melalui dua subatribut iaitu Tanggungjawab Kerja (SA3) dan Etika Kerja (SA4).
  • Pemberatan markah 100% melalui tugasan berkumpulan dimana CLO1 adalah 50% ditambah dengan CLO2 adalah %)5.