Ahad - Rabu : 8:00 pagi - 5:00 petang, Khamis : 8:00 pagi - 3:30 petang   Facebook

 

[powr-countdown-timer id="j9Yd30"]

Info Unit Kimia

Unit Kimia merupakan salah satu unit yang berada di bawah naungan Jabatan Sains Kolej Matrikulasi Kedah. Lokasi unit ini terletak di Aras 2 Blok Pentadbiran Seri Jerai. Diketuai oleh ketua unit, En. Muhammad Haziq bin Mohd Redzuan dan terdiri daripada 33 orang pensyarah  yang masing-masing mempunyai kepakaran dan pengalaman tersendiri dalam bidang ini.

Mata pelajaran kimia merupakan subjek teras yang wajib diambil oleh semua pelajar aliran sains Sistem Dua Semester (SDS) dan Sistem Empat Semester (SES). Berikut merupakan kod kursus yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar.

PROGRAM KOD KURSUS
SDS Semester 1 SK015
SDS Semester 2 SK025
SES Semester 1 DK014
SES Semester 2 DK024