Ahad - Rabu : 8:00 pagi - 5:00 petang, Khamis : 8:00 pagi - 3:30 petang   Facebook

 

[powr-countdown-timer id="j9Yd30"]

Berita Terkini

Minggu Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 2024/2025

1 Julai - Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada semua anak-anak pelajar serta ibu bapa/penjaga yang telah hadir untuk mendaftar secara fizikal di Kolej Matrikulasi Kedah pada hari ini.  Pendaftaran para pelajar baharu Jurusan Sains Sistem Dua Semester pada hari pertama ini berjalan dengan baik walaupun jumlah pelajar Jurusan Sains yang telah mendaftar pada hari ini mencecah 1000 orang, namun segala urusan dari awal semakan dokumen, pendaftaran, penyerahan kunci bilik sehingga ke penggambaran kad matrik serta pengagihan cenderamata telah berjalan dengan lancar.

KMK juga berbesar hati dengan kehadiran Pengarah Bahagian Matrikulasi, YBrs. Tuan Haji Mohd Kassim bin Haji Jaafar , Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Pengurusan,  Puan Nor Asnidar Aziz, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Peperiksaan dan Teknologi Maklumat, Encik Shahrin bin Osman serta Pen. Pengarah Sektor Jalinan Strategik, Komunikasi dan Pembangunan Profesionalisme, Puan Izura Adiawati Hizarullah, dari BMKPM atas kesudian untuk bersama-sama Pengurusan Tertinggi serta warga KMK menyambut kehadiran para pelajar baharu pada hari ini. 

Segala urusan di sepanjang Minggu Pendaftaran Pelajar Baharu (MPPB) ini melibatkan tenaga kerja dan usahasama semua pihak dari Pengurusan Tertinggi, para pensyarah dan staf KMK serta bantuan fasililator dari kalangan pelajar-pelajar SES Semester III.