Ahad - Rabu : 8:00 pagi - 5:00 petang, Khamis : 8:00 pagi - 3:30 petang   Facebook

 

[powr-countdown-timer id="j9Yd30"]

Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) Sesi 2023/2024 berakhir dengan rasminya pada hari ini. Majlis bermula pada jam 2.30 petang bertempat di Dewan Mahawangsa serta dirasmikan oleh Tuan Pengarah, En. Mohamad Salleh bin Ahmad. Tuan Pengarah juga berbesar hati menyampaikan amanat kepada pelajar-pelajar baharu bagi menempuh sesi pembelajaran dan kehidupan baru di kolej ini. Beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak pelajar agar sentiasa fokus dalam pelajaran masing-masing serta berusaha mencapai sasaran yang ditetapkan.

Penutup tirai bagi Minggu Profesionalisme Pensyarah dimeriahkan lagi dengan satu lagi aktiviti "Team Building" iaitu Muafakat KMK. JK Pelaksana Muafakat KMK telah berjaya menganjurkan kenduri dengan kerjasama semua unit serta bersama seluruh warga kolej dengan jayanya. Muafakat KMK ini diadakan bertujuan untuk meraikan kedatangan sesi baharu  iaitu Sesi 2023/2024. Majlis bertempat di Daddy's Corner dan sekitar perkarangan masjid Khulafa Ar Rasyidin, KMK.

5 Julai 2023 - Pihak Pengurusan dan warga Kolej Matrikulasi Kedah berbesar hati menyambut ketibaan Ybrs. Tn. Hj. Shafruddin bin Haji Ali Hussin, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme) untuk lawatan kerja ke kolej ini. Sehubungan itu, satu perjumpaan khas beliau bersama pihak pengurusan dan para pensyarah telah berlangsung pada petang tersebut.  

Minggu Profesionalisme  Pensyarah pada hari kedua Sesi 2023/2024 telah dimeriahkan dengan aktiviti "Team Building" iaitu Pertandingan Tenpin Boling Piala Pengarah. Pertandingan disertai oleh 10 pasukan lelaki dan 10 pasukan perempuan di mana setiap jabatan menghantar dua pasukan bagi setiap kategori. Juara keseluruhan yang berjaya membawa pulang piala pusingan pada tahun ini menjadi milik Jabatan Sains. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.