Ahad - Rabu : 8:00 pagi - 5:00 petang, Khamis : 8:00 pagi - 3:30 petang   Facebook

 

[powr-countdown-timer id="j9Yd30"]

Penutup tirai bagi Minggu Profesionalisme Pensyarah dimeriahkan lagi dengan satu lagi aktiviti "Team Building" iaitu Muafakat KMK. JK Pelaksana Muafakat KMK telah berjaya menganjurkan kenduri dengan kerjasama semua unit serta bersama seluruh warga kolej dengan jayanya. Muafakat KMK ini diadakan bertujuan untuk meraikan kedatangan sesi baharu  iaitu Sesi 2023/2024. Majlis bertempat di Daddy's Corner dan sekitar perkarangan masjid Khulafa Ar Rasyidin, KMK.

5 Julai 2023 - Pihak Pengurusan dan warga Kolej Matrikulasi Kedah berbesar hati menyambut ketibaan Ybrs. Tn. Hj. Shafruddin bin Haji Ali Hussin, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme) untuk lawatan kerja ke kolej ini. Sehubungan itu, satu perjumpaan khas beliau bersama pihak pengurusan dan para pensyarah telah berlangsung pada petang tersebut.  

Minggu Profesionalisme  Pensyarah pada hari kedua Sesi 2023/2024 telah dimeriahkan dengan aktiviti "Team Building" iaitu Pertandingan Tenpin Boling Piala Pengarah. Pertandingan disertai oleh 10 pasukan lelaki dan 10 pasukan perempuan di mana setiap jabatan menghantar dua pasukan bagi setiap kategori. Juara keseluruhan yang berjaya membawa pulang piala pusingan pada tahun ini menjadi milik Jabatan Sains. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

3 Julai 2023 - Satu program anjuran Bahagian Matrikulasi iaitu Kolokium Praktis Amalan Terbaik Pendidikan STEM, Program Matrikulasi, KPM 2023 telah membuka tirai Minggu Profesionalisme Pensyarah untuk sesi baharu 2023/2024. Kolokium ini bertemakan "Pendidikan STEM : Amalan Terbaik, Berimpak Tinggi". Seramai 30 pensyarah dari kolej ini telah terpilih untuk menjadi pembentang iaitu 6 pensyarah dari setiap unit bidang STEM yang terlibat iaitu Matematik, Sains Komputer, Fizik, Kimia dan Biologi.

Program Pengajian Matrikulasi bagi pelajar-pelajar Sistem Dua Semester Sesi 2022/2023 dan Sistem Empat Semester Sesi 2021/2022 telah pun melabuhkan tirainya pada 25 Mei 2023.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada anda semua  kerana telah berjaya mengharungi segala cabaran, pahit dan manis kehidupan sebagai pelajar di kolej ini.