Ahad - Rabu : 8:00 pagi - 5:00 petang, Khamis : 8:00 pagi - 3:30 petang   Facebook

 

[powr-countdown-timer id="j9Yd30"]

3 Julai 2023 - Satu program anjuran Bahagian Matrikulasi iaitu Kolokium Praktis Amalan Terbaik Pendidikan STEM, Program Matrikulasi, KPM 2023 telah membuka tirai Minggu Profesionalisme Pensyarah untuk sesi baharu 2023/2024. Kolokium ini bertemakan "Pendidikan STEM : Amalan Terbaik, Berimpak Tinggi". Seramai 30 pensyarah dari kolej ini telah terpilih untuk menjadi pembentang iaitu 6 pensyarah dari setiap unit bidang STEM yang terlibat iaitu Matematik, Sains Komputer, Fizik, Kimia dan Biologi.

Program Pengajian Matrikulasi bagi pelajar-pelajar Sistem Dua Semester Sesi 2022/2023 dan Sistem Empat Semester Sesi 2021/2022 telah pun melabuhkan tirainya pada 25 Mei 2023.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada anda semua  kerana telah berjaya mengharungi segala cabaran, pahit dan manis kehidupan sebagai pelajar di kolej ini.

Konvensyen Penyelidikan, Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dan Inovasi Pendidikan peringkat Kolej Matrikulasi Kedah yang bertemakan "Pendidikan Tersedia Masa Hadapan Memperkasa Pembangunan Modal Insan" telah berlangsung pada hari ini, 21 Mei 2023. Sesi pembentangan dan pameran telah dilaksanakan bermula jam 9.00 hingga 11.00 pagi manakala sesi penjurian diteruskan selepas itu sehingga jam 1.00 tengahari. Konvensyen kali ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkkan daripada para pensyarah. Berikut adalah maklumat penyertaan mengikut setiap kategori.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada En. Mohamad Salleh bin Ahmad, Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah atas penganugerahan, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bahagian Matrikulasi Tahun 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa  Putrajaya (PICC) pada pagi ini.